@whitney.hayle.daily: the collar does all the work 💋#tiktokcreatorpicks #falldealsforyou #tiktokshopblackfriday

whitneyworkssmarter
whitneyworkssmarter
Open In TikTok:
Region: US
Thursday 22 October 2026 15:09:04 GMT
1218
7
0
1

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @whitney.hayle.daily, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

DUA MAUT, TIGA CEDERA DALAM KEMALANGAN MELIBATKAN TOYOTA HILUX DAN NISSAN GRAND LIVINA DI PAKA PAKA, 25 Oktober 2026 – Dua orang disahkan meninggal dunia manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah Toyota Hilux milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan sebuah Nissan Grand Livina berhampiran Caltex Taman Bukit Bauk, Paka, petang tadi. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu menerima panggilan kecemasan pada jam 5.11 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paka bergegas ke lokasi kejadian. Kemalangan tersebut melibatkan lima orang mangsa, iaitu dua lelaki yang menaiki Toyota Hilux dan tiga mangsa dalam Nissan Grand Livina. Ketika pasukan bomba tiba, dua mangsa dari Toyota Hilux telah keluar dari kenderaan dengan sendiri, manakala tiga mangsa dalam Nissan Grand Livina didapati tersepit. Pasukan bomba yang diketuai oleh PBK I KUP Norzahari bin Mohd Nor bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas menyelamat (rescue tool). Dua mangsa yang menaiki Toyota Hilux mengalami kecederaan ringan, manakala seorang mangsa yang menaiki Nissan Grand Livina mengalami kecederaan parah. Dua lagi mangsa dari Nissan Grand Livina disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya. Pasukan bomba turut melaksanakan kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan menggunakan satu aliran hos reel dengan bekalan air daripada tangki jentera bagi memastikan keadaan di lokasi selamat. Operasi melibatkan enam anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT). JBPM Negeri Terengganu menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu, mematuhi had laju dan memastikan jarak selamat antara kenderaan. Elakkan memandu secara tergesa-gesa serta sentiasa peka terhadap keadaan trafik dan persekitaran, terutama ketika melalui persimpangan atau kawasan yang mempunyai aliran trafik tinggi. #JBPMTerengganu #BombaMalaysia #KeselamatanJalanRaya #BBPPaka #SediaMenyelamat

About