@mediaselangor: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada perancangan jangka panjang untuk memodenkan aset dan infrastruktur keselamatan secara berfasa. “Ini merangkumi naik taraf secara berfasa bagi sistem pengimbas bagasi dan pengimbas badan (body scanner) kepada teknologi pengimbasan generasi baharu yang lebih canggih, dilengkapi integrasi analitik AI serta keupayaan pengesanan anomali bahan terlarang,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam. Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee susulan penahanan seorang juruterbang Malaysia di Jakarta pada Julai lalu kerana membawa dadah yang dipercayai melalui KLIA. #MediaSelangor #KDN #KLIA #Ai