@edaranlautanbiru: Ajarkan Aku Cara Melupakanmu Tolong ajari aku cara melupakanmu. kerana Sejak kau pergi, hati ini masih tersesat di jalan kenangan yang kau tinggalkan. Aku cuba berjalan jauh dari namamu, namun setiap langkah yang aku ambil seolah kembali membawa ku ke tempat yang sama,tempat di mana aku pernah menyimpan seluruh harapan padamu. Tolong ajari aku bagaimana caranya menghapusmu dari ingatan yang terlalu setia. Setiap malam yang sunyi, namamu datang tanpa dipanggil, menghidupkan kembali segala yang pernah kita miliki. Jika melupakanmu semudah menutup sebuah buku cerita, pasti sudah lama aku melakukannya. Namun kisah tentangmu tertulis terlalu dalam, bukan di halaman masa, tetapi di dalam hati yang tak tahu cara memadamnya. Tolong ajari aku bagaimana caranya berhenti merindu dan bagaimana caranya menenangkan hati yang masih mencari bayangmu di setiap tempat yang kita lalui. Aku sudah berusaha untuk kuat, percaya bahawa waktu akan menyembuhkan segalanya. Tetapi semakin waktu berlalu, aku semakin sadar satu perkara , bahawa melupakanmu bukan hanya melepaskan kenangan, tetapi seperti kehilangan sebahagian dari diriku sendiri. Maka jika benar kau sudah pandai melupakan aku, tolong ajari aku cara melupakanmu. #bicarahati #fypmalaysia #fypmalaysiatiktok🇲🇾 #fypシ゚viral

EdaranLautanBiru
EdaranLautanBiru
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 22 October 2026 17:53:23 GMT
122
8
0
1

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @edaranlautanbiru, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About