@kini.viral: UPDATE TERKINI DARI HOSPITAL GERIK: KEADAAN USTAZ WADI ANUAR STABIL Assalamualaikum dan selamat pagi. Untuk perkembangan pagi ini, saya ingin berkongsi sedikit maklumat terkini dari Hospital Gerik berhubung keadaan Ustaz Wadi Anuar dan pasukan yang terlibat dalam kemalangan. Untuk makluman semua, kenderaan yang dinaiki Ustaz Wadi Anuar membawa beberapa orang penumpang. Setakat ini, Ustaz Wadi Anuar dan seorang lagi ustaz telah tiba di hospital. Alhamdulillah, keadaan Ustaz Wadi Anuar dilaporkan stabil. Beliau masih sedar dan boleh bercakap, namun mengadu mengalami kesakitan di bahagian dada dan perut. Beliau juga mengalami kesakitan di bahagian lutut. Seorang lagi ustaz yang tiba bersama beliau turut mengalami kecederaan di bahagian lutut. Difahamkan, Ustaz Wadi Anuar dan seorang lagi ustaz telah dibawa ke bilik X-ray untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Berdasarkan maklumat awal yang diterima, kemalangan itu dipercayai melibatkan pertembungan antara kenderaan yang dinaiki Ustaz Wadi Anuar dengan sebuah kenderaan lain. Lokasi kejadian dilaporkan berhampiran kawasan Air Banun, Tasik Banding. Bagaimanapun, terdapat seorang lagi mangsa daripada kenderaan lain yang dilaporkan berada dalam keadaan tidak stabil dan tidak sedarkan diri. Mangsa berkenaan masih menerima rawatan di hospital. Kita sama-sama mendoakan agar Ustaz Wadi Anuar, semua ahli pasukan dan mangsa lain yang terlibat diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan. Setakat ini, itu sahaja perkembangan yang dapat saya kongsikan dari Hospital Gerik. Insya-Allah, sebarang maklumat lanjut akan dikongsikan apabila diterima. Terima kasih. Sumber: FB Mohd amir faizal #kiniviral
kini viral
Region: MY
Thursday 22 October 2026 23:03:15 GMT
Music
Download
Comments
Ir Fauzi :
kali kedua dah musibah kpd ustaz, kali pertama tak silap kemalangan maut melibatkan ustaz mustaza...ya allah panjangkanlah guru2 agama kamu kerana mereka penyambung lidah nabi muhammad saw...aamiin
2026-10-23 00:35:42
114
Nelysa💚 :
innalillahiwainnailaihirrojiun.. br smlm tgok live ustaz.. 🥹smoga diberi kesembuhan ..angkat doa kami di pg jumaat yg barokah yaAllah.. 🤲
2026-10-23 00:41:54
29
jamilah :
Tmpt saya accident dulu, ya Allah, semoga ustaz di beri kesembuhan,
2026-10-22 23:48:41
29
Medina :
Moga Allah bri prlindungn sbesar2nya kpd ustaz Wadi srta smua yg trlibat dlm kmlangan itu... lindungilah idola kami smua Ya Allah..🤲🤲🤲🤲🤲
2026-10-23 00:29:11
32
Umai Kalsom :
semoga Allah permudahkan urusan ustaz wadi semoga ceria sembuh Aaminn ya Allah Aaminn 🤲🤲
2026-10-23 00:09:05
11
Cik Permata :
syafakallah semoga diberikan kesembuhan sepenuhnya Aamiin
2026-10-22 23:20:12
14
SUMIE11 :
Ya Allah Y Rahman Ya Rahim.. berikn lah kesembuhan pada ustaz wadi anuar dn yg lain² nya agar kembali siht,..permudahkn lah segala urusan rawatan mereka...Amin Ya Allah Ya mujib🤲🤲🤲
2026-10-23 01:26:03
8
Nor :
terima kasih orang baik..semoga semua urusandipermudahkan Allah
2026-10-23 00:01:32
8
nana :
yaallah semoga engkau beri kesembuhan buat ustaz dn temannya dlm ya menyebarkan dakwah nya lindungilah beliau semoga cepat sembuh dn sihat
2026-10-23 01:21:38
7
faridazemi61 :
Semoga Allah beri prlindungn sbesar2nya kpd ustaz Wadi srta smua yg trlibat dlm kmlangan itu... lindungilah idola kami smua Ya Allah..🤲🤲🤲🤲🤲
2026-10-23 01:21:35
7
sitizawiyah01 :
Moga ustaz cepat sembuh
2026-10-22 23:36:50
4
asmaizaisa74 :
semoga ustaz Wadi dan yg lainnya cepat sembuh dan selmt segalanya.
2026-10-23 00:32:32
3
ahmadazraai966 :
Semoga di permudahkan segala urusan. Aamiin.
2026-10-23 00:26:09
3
Rosmawati Ramli Rosmawati Raml :
salam.semoga ustaz cepat sembuh
2026-10-22 23:46:44
7
🕊️ :
Semuga ustaz dan team tiada kecederaan yg teruk, Aamiin🤲🏻
2026-10-23 00:23:42
3
mieza mohd daud :
semoga diberikn kesembuhan wat ustaz dan kwn2 yg trlibat🤲semoga dipermudahkn urusan nya🤲
2026-10-23 01:01:05
2
roalindah :
moge ustaz dan yg terbabit dlm kmlgan tu d brikn kesembuhan....ya Allah kau lindungilah mereka....pnjgkn usia mereka...🥺
2026-10-23 01:06:46
2
🇧🇳Hj AZMAN HMY🇧🇳 :
2026-10-23 01:25:12
0
Jamiela :
Ya Allah berikanlah kesembuhan pada ustaz wadi anuar dan semua ahli pasukan yg terlibat.permudahkanlah segala urusan .Aaminn Aaminn YA.Rabb.
2026-10-23 00:45:02
2
Kak Ju :
Semoga Allah permudahkan segala urusan ustaz..
2026-10-23 01:04:54
1
💟Bismillah To Alhamdulillah💟 :
@Cik Permata:syafakallah semoga diberikan kesembuhan sepenuhnya Aamiin
2026-10-23 02:14:18
1
Maz :
Semoga Allah prmudhkn cara rwtan utk mereka yg trlibat terutama ustaz Wadi n kmbali pulih spt sediakala, Aamiin
2026-10-23 01:24:12
1
Rosyati Ismayatim :
semoga cepat 2 sembuh ustaz dan rakan 2 nya
2026-10-23 01:28:33
1
dahlia :
Semuga ustaz cpt chat & d prmdhkan segala urusan , kami msih perlukan ustaz bimbing kami ke jln keredhaan Allah ..Aamiin
2026-10-23 00:49:04
2
Abdullah :
semoga ustaz Wadi diberi kesembuhan bersama kawan-kawannya
2026-10-23 01:14:41
2
To see more videos from user @kini.viral, please go to the Tikwm
homepage.