@zenixxfootball: Pasukan kebangsaan China menghadapi detik sukar, tatkala berbaki kurang sebulan bagi menghadapi tentangan Harimau Malaya. Pasukan kendalian Tan Cheng Hoe bakal ke Guangzhou, China bagi menghadapi dua akai persahabatan Tier 1, masing-masing menentang tuan rumah dan juga Yemen. Malaysia kini dalam prestasi dan momentum terbaik selepas berakhirnya kempen Piala ASEAN FIFA 2026. Harimau Malaya berjaya menamatkan saingan selaku pasukan tangga ketiga kejohanan selepas menewaskan Vietnam dengan keputusan 1-0 di Jakarta. Lebih manis, skuad kebangsaan berjaya menamatkan kejohanan dengan keputusan tanpa tewas dan tidak dibolosi satu pun jaringan selepas empat aksi yang diharungi. Kem China sudah pasti memandang serius dengan ketajaman penyudah penyerang naturalisasi baharu negara, Bergson da Silva yang tampil cemerlang dengan empat gol dalam empat penampilan pada kejohanan sulung buat Harimau Malaya. Malah, penyerang berusia 35 tahun ini sudah pun mencipta tujuh jaringan dan tiga bantuan jaringan dalam hanya enam aksi Liga Super 26-27. China dari satu sisi sedang mengalami krisii penyudah yang ketara. Trio serangan pasukan iaitu Wang Ziming dan Wei Shihao termasuklah Qianglong Tao berdepan masalah ketumpulan di hadapan gawang. Trio ini tidak menjaringkan sebarang jaringan bersama pasukan kebangsaan dalam tiga aksi terakhir. Situasi ini juga diburukkan lagi dengan momentum buruk dalam saingan liga musim ini. Wang, 30, tidak merekodkan sebarang jaringan dalam 21 penampilan bersama Chengdu Rongcheng bagi saingan Chinese Super League 2026 manakala Wei Shihao hanya meledak 9 gol dalam 25 aksi musim ini dan beraksi satu pasukan bersama Wang. Qianglong pula meledak lima gol dalam 26 penampilan liga bersama Zheijang musim ini selain China kali terakhir merekodkan jaringan ketika bertemu Maldives pada September lalu dengan keputusan 3-0. Aksi antara China dan Malaysia dijadual berlangsung jam 8.00 malam (waktu Malaysia) pada 14 November 2026 di Stadium Tianhe, Guangzhou, China. #harimaumalaya #malaysiant #ultrasmalaya #fyp #foryou

zenix
zenix
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 22 October 2026 23:08:00 GMT
28883
1569
18
76

Music

Download

Comments

vie_5512
>v< :
jangan lupa wonderkid diorang. yudong wang
2026-10-22 23:50:57
14
diekz83
🇲🇾 D13K Man Utd 🇲🇾 :
berapa point rank dapat kalau menang??
2026-10-23 01:13:18
1
pojisempoi
pojisempoi :
sudah main ke belom
2026-10-23 03:59:53
0
hahahaushhh
HahahAush :
2026-10-23 10:42:47
0
joehuda1
JOY :
2026-10-23 04:41:57
0
zehramikayla_ka
ZM :
China ni kalau nak carik pemain warisan mesti senang kan...mana2 negara ade keturunannye.. 🤭
2026-10-23 00:33:01
3
muraibatu.nias85
camelia :
😂😂😂
2026-10-23 09:26:13
0
yikoi1
Yikoi :
Malaysia pening players asyik berubah
2026-10-23 04:01:00
1
jimbei_11
Muhd AzT🍉 :
2026-10-24 21:18:22
0
sabrinasyam7
Sabrina Syam :
jgn percaya, die org pun ade player yg bagus gak
2026-10-23 11:13:07
0
adibb2004
ADIB Ammar :
China ni 1 billion penduduk dia tapi nak bina satu Squad bintang susah
2026-10-24 10:46:22
0
wagnergq11
aldy_muhammad :
tier 1 🤣🤣🤣
2026-10-22 23:22:03
0
renaldi4041
user7439473714644 :
😂😂😂
2026-10-23 02:56:31
0
To see more videos from user @zenixxfootball, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About