@vocket: Kejayaan Hospital Selayang menyambung semula kedua-dua tangan pesakit yang terputus dalam tiga kes sepanjang tempoh 18 tahun, membuktikan kepakarannya dalam mengendalikan pembedahan kompleks yang amat jarang dilakukan, termasuk di pusat perubatan utama dunia. Kes itu melibatkan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an yang mengalami kemalangan di tempat kerja apabila kedua-dua tangannya terputus di pergelangan tangan akibat mesin pemotong kayu. “Kecederaan atau putus tangan kebiasaannya berlaku pada sebelah anggota sahaja. Dalam literatur perubatan serta di pusat-pusat perubatan utama dunia, penyambungan kedua-dua tangan yang terputus hanya dilaporkan dalam dua atau tiga kes sepanjang tempoh 30 tahun. “Namun di Hospital Selayang, situasinya berbeza kerana kami telah melaksanakan operasi penyambungan kedua-dua tangan dengan tiga kes direkodkan dalam tempoh 18 tahun,” kata Ketua Jabatan Tangan dan Pembedahan Mikro Hospital Selayang Datuk Dr Rashdeen Fazwi Muhammad Nawawi. Sumber: BERNAMA #hospitalselayang #trending