@bebecom4u: Speech Delay Sahaja: Anak lambat dari segi penguasaan kata atau pertuturan berbanding usia, tetapi kemahiran sosial, komunikasi bukan lisan (seperti pandangan mata), dan tingkah laku mereka adalah normal. Autisme (ASD): Merupakan gangguan neuroperkembangan yang lebih luas. Ia melibatkan tiga aspek utama: masalah komunikasi (verbal dan bukan verbal), kekurangan kemahiran sosial (seperti kurang eye contact atau tiada tindak balas apabila dipanggil), serta corak tingkah laku berulang atau minat yang terhad.