@therakyatinsight: Rumah ibadat jadi stor, polis rampas dadah RM16.2 juta, 8 ditahan SHAH ALAM – Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM16.2 juta dalam lima serbuan berasingan di Selangor. Salah satu lokasi ialah sebuah rumah ibadat tidak berdaftar di Klang yang dipercayai dijadikan stor dadah. Kegiatan itu terbongkar susulan penahanan seorang lelaki yang bekerja secara sambilan di rumah ibadat tersebut.