@al__imam: Penceramah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annuar cedera sejurus Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Toyota Vellfire dinaiki terbabit kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Gerik. Nahas berlaku jam 2.40 pagi tadi turut membabitkan dua kereta model Perodua Myvi dan kereta Perodua Bezza. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kemalangan itu menyebabkan lima mangsa cedera manakala lima yang lain terselamat tanpa sebarang kecederaan. Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan. Anggota bomba tiba di lokasi terletak 59 kilometer dari balai bomba pada jam 3.42 pagi. "Kami mendapati kereta Perodua Myvi terbabas ke dalam longkang di bahu jalan. Seorang lelaki berusia 25 tahun tersepit di tempat duduk penumpang hadapan kereta itu manakala pemandunya berusia 24 tahun mengalami kecederaan parah," katanya. Beliau menambah, seorang lagi penumpang lelaki berusia 24 tahun yang duduk di bahagian belakang kereta Myvi hanya mengalami cedera ringan. "Sementara itu terdapat empat penumpang di dalamnya MPV Toyota Vellfire. Dua daripadanya cedera dan dua lagi terselamat. Kesemua mereka dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba. "Tiga mangsa di dalam kereta Perodua Myvi dan dua penumpang MPV yang cedera dibawa ke Hospital Gerik menaiki ambulans dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba untuk menerima rawatan," jelas beliau. Sementara itu, tiga individu yang menaiki kereta Perodua Bezza dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Bagaimanapun kenderaan itu sudah tiada di lokasi kerana pemiliknya pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan. Operasi menyelamat membabitkan 10 anggota dan tiga jentera itu tamat sepenuhnya pada jam 4.39 pagi. Disiarkan pada: Oktober 23, 2026 @ 9:29am
Al-Imam
Region: MY
Friday 23 October 2026 04:13:29 GMT
Music
Download
Comments
fatimahyati :
ya Allah selamatkanlah ustaz wadi Anuar panjang kan lah umur nya sihatkan lah dia aamiinn ya Rabbal Alamin
2026-10-23 13:37:18
79
kasihkhadijah1212 :
Inna lillahi wa inna ilaihi roji'uunn. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan kurniakan kesembuhan buat AlFadhil Ustaz Wadi dan team. In sya Allah Aamiin YRA.🤲
2026-10-23 07:18:14
239
Akemarl :
maaf tanya itu memang balai yg paling berhampiran dgn tempat kejadian kaa??Jauh jugak tu 60km dari balai ke tempat kejadian
2026-10-23 07:50:06
190
zalie :
pasang lampu bagi cerah..supaya nampak apa yg berlaku dihadapan....la lampu pakai solar pun. dah ada........
2026-10-23 06:48:44
64
Najah :
Syafakallah utk Ustaz Wadi Anuar dan shbt² lainnyg terlibat dlm kemalangan di Gerik. Ya Allah, Kau berilah kesihatan yg baik, angkatlah kesakitannya, diganti dgn kesembuhan yg sebaik²nya & permudah segala urusan perubatan kpd Ustaz Wadi Anuar dan sahabat². InsyaAllah. Aamiin³ YRA.
2026-10-23 07:54:54
76
KFzlie 🕸️ :
Kerajaan perlu buat sesuatu untuk jalan ni kalau ada ank kecik kecemasan mcmna nk berhubung lambat
2026-10-23 04:56:59
70
Mavver Attas :
semoga Allah menyembuhkan sakit yang dialami ustaz.. Allah lindungi ustaz wadi.. alim ulamak kesayangan kami..
2026-10-23 06:48:38
49
Zulkary277 :
Kena letak 1 balai bomba mini kt pulau banding tu... Dulu ada stesen minyak petronas kt pulau tu... Skrg apa pun xdak..nk isi minyak kena isi siap2 kt gerik/jeli
2026-10-23 12:06:13
23
mamarohanaa :
semoga Allah memberi kesembuhan kepada ustaz Wadi dan semua yg terlibat...dan dipermudahkan segala urusan...
2026-10-23 08:17:06
20
ana yusuf :
@Ana:semoga Ustaz Wadi Annuar sihat dgn cepat dan dipermudahkan urusan dn selamat dlm rahmat Allah
2026-10-23 07:04:45
19
sypxion • :
Semoga Ustaz Wadi Anuar cepat sembuh dan sihat seperti biasa 🤲🏻
2026-10-23 09:15:45
16
ana88 :
ya Allah permudahkan segalanya urusan ustaz Wadi anuar.berikan kesihatan seperti sediakala agar dapat kami semua dpt mendengar kan ceramah yg manfaat.bagi kami semua.ya Allah.Aamiin🤲🤲
2026-10-23 07:14:10
10
Roshazlie :
Semoga Ustaz Wadi dan semua yg terlibat dlm kemalangan ini dikurniakan kemudahan urusan dgn rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Semoga diberi kesembuhan buat semuanya. Aamiin Ya Allah Ya Mujib.
2026-10-23 07:24:56
19
SharifahM :
Didoakan kesembuhan yg sempurna Dan berpanjangan utk ustaz Wadi Aamiin Allahumma Aamiin ya Rab.🤲
2026-10-24 13:24:40
0
Nik Jaa Nik Mae KASTE'77 :
Masya Allah Tabarakallah 🥹 ustz ini kali ke 2 ...Allah Maha Menyayangi ustz.. sunggoh....
semoga Allah permudahkan segala urusan ustaz dn mereka yg terlibat.. Insya Allah Biiznillah Aamiin
2026-10-23 06:04:48
9
masnizanie :
semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan ustaz dan rakan rakan
2026-10-23 08:35:24
5
Angah501 :
Rabbi yassir wala tu’as sir rabbi tammim bil khair
“ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير”
"Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan." Aaminn🤲
ustaz kesayangan kami🥺
2026-10-23 06:46:09
5
idk :
Aaminnn YRA🥰🥰🥰❤️❤️😭😭
2026-10-24 02:35:35
1
Ekuan86 :
bila jalan raya yg jarang2 di gunakan oleh org kenamaan atau vvip..mmg segala keperluan susah... sbnarnya x adil sbb segala cukai kita rakyat marhaen yg tanggung utk kesenangan mereka..maaf kalau salah..
2026-10-23 17:03:32
1
SBA 1704 :
Blh ja bina balai bomba kawasan tu
2026-10-23 13:22:21
0
ina :
ya Allah pnjgkn lh umur ustaz Wadi Anuar kami perlukan ceramah beliau UTK bekalan kami ini dunia dn akhirat bnyk ujian hdp di dunia ini semoga cpt sembuh smuanye Aamiin
2026-10-23 23:06:34
2
MiraEdora :
assalamualaikum..
semuga ustaz dan sekelian Sahabat yang d uji Allah dlm kemalangan AKN cepat sembuh dan akan d permudahkan segala urusan Amin 🤲🏻
2026-10-23 23:29:48
2
norainii_0 :
Ya Allah sehatkan ustaz kami,Ya Allah ,sehat kan ustaz kami.ustaz wadi.
2026-10-24 00:11:10
1
Zaiton1611 :
Semuga ustaz cept sembuh
2026-10-24 02:18:58
1
MelatiPutih :
Semoga ustaz diberi kesembuhan seperti sediakala.. Aamiin Ya Rabbal A’lamiin
2026-10-23 21:36:59
2
To see more videos from user @al__imam, please go to the Tikwm
homepage.