@astroaudionews: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkuat kuasa Isnin ini, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). DUN Sarawak mempunyai 82 kerusi, dengan majoriti mudah memerlukan 42 kerusi manakala majoriti dua pertiga memerlukan 55 kerusi. Pada PRN Sarawak 2021, Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Abang Johari memperoleh kemenangan besar dengan memenangi 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan. PRN Sarawak bakal menjadi pilihan raya negeri keempat tahun ini selepas Johor dan Negeri Sembilan, serta Melaka yang dijadual berlangsung pada 14 November 2026. #AstroAudioNews