@norhaizatmokhtar: Assalamualaikum, Batch 09 kesayangan cikgu. Cikgu tak tahu berapa ramai antara kamu yang betul² menonton video motivasi yang cikgu kongsikan. Cikgu tak tahu berapa ramai yang berhenti sekejap untuk berfikir selepas mendengar kata² cikgu dan cikgu juga tak tahu berapa ramai yang hanya menonton, kemudian berlalu pergi tanpa melakukan apa² perubahan. Tapi ada satu perkara yang cikgu nak kamu tahu, cikgu buat semua itu kerana cikgu peduli. Kerana cikgu sayang. Kerana cikgu nak tengok kamu berjaya. Di sebalik setiap video yang cikgu kongsikan, ada doa yang mungkin kamu tak pernah dengar. Ada harapan yang mungkin kamu tak pernah nampak. Ada rasa bimbang seorang cikgu yang terfikir, “Ya Allah, sempatkah anak² Batch 09 ini sedar? Sempatkah mereka berubah? Sempatkah mereka bangkit sebelum terlambat?” Allahu... Biar penat kamu hari ini menjadi saksi bahawa kamu pernah berjuang. Biar air mata mak ayah nanti menjadi air mata syukur dan biarlah suatu hari nanti, apabila kamu mengingati perjalanan SPM ini, kamu tersenyum dan berkata, “Nasib baik aku tak mengalah. Nasib baik aku sempat berubah. Nasib baik aku dengar pesanan cikgu dulu…” Cikgu sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu. Semoga Allah lapangkan dada kamu, kuatkan ingatan kamu, permudahkan urusan peperiksaan kamu dan kurniakan kejayaan yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Cikgu mungkin hanya sebahagian kecil daripada perjalanan hidup kamu, tetapi cikgu berharap pesanan cikgu akan terus hidup dalam hati kamu, walaupun suatu hari nanti kamu sudah jauh melangkah meninggalkan sekolah. Dengan penuh kasih sayang, “Siapa Pandang Cikgu, Cikgu Doakan Dia Kaya.” Kaya ilmu. Kaya adab. Kaya iman. Kaya dengan kejayaan yang diberkati Allah. BATCH 09, KAMU MASIH ADA MASA. JANGAN SIA²KAN PELUANG YANG MASIH ADA. BUKTIKAN DENGAN DOA DAN USAHA, BUKAN SEKADAR JANJI. Semoga kita bertemu dengan senyuman pada hari keputusan SPM nanti, in shaa Allah. @norhaizatmokhtarrudin #norhaizatmokhtarrudin #motivasi #nasihat
norhaizatmokhtarrudin
Region: MY
Friday 23 October 2026 14:11:12 GMT
Music
Download
Comments
pizah :
baiknya cikgu.
2026-10-24 08:15:56
0
@ dayangku maizatul akmam .... :
terbaik cikgu
2026-10-24 05:21:26
0
Misah :
semoga semua anak2 batch 09 berjaya cemerlang permudahkan segala urusan mereka [Hati merah][Hati merah][Suka][Suka]
2026-10-24 07:25:50
0
𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚_𝐈𝐳𝐳𝐚𝐫𝐚 :
alah cikgu ni.. touching kita malam2
2026-10-23 14:46:26
0
MardhiahAnum :
anak2 ni semua dh melangkah ke alam yang lebih mencabar sebak tengok. cikgu tumpang bangga .
2026-10-23 14:27:43
0
Hani :
🥰🥰🥰
2026-10-24 08:49:01
0
To see more videos from user @norhaizatmokhtar, please go to the Tikwm
homepage.