@mediaselangor: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan penghargaan kepada rakyat yang telah menjadikan 25 tahun pemerintahan baginda sebagai satu perjalanan yang gemilang dan penuh makna. Baginda bertitah Selangor kekal sebagai antara negeri terpenting di negara ini hasil sumbangan rakyatnya, termasuk mereka yang memilih untuk menetap di negeri ini. “Perkara ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa peranan rakyat Selangor serta jutaan penduduk dari negeri lain yang bekerja di sini dan menjadikan Selangor sebagai tempat tinggal mereka. “Saya bersyukur dan berbangga kerana telah menjadi pemerintah negeri ini selama 25 tahun dan Raja Muda selama 33 tahun,” titah baginda sambil menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana mengurniakan keafiatan. #MediaSelangor #SultanSelangor #JubliPerak #Perpaduan