@haziq.haikal.official: Tok Tambak Keramat Pulau Pisang Nama sebenar Tok Tambak ialah Syeikh Syed Jalaluddin Ibni Syed Abdul Majid Bin Syed Abu Bakar Bin Syed Hassan. Beliau berasal dari keturunan Syed Hussain Jamalullail al-Faradz yang merupakan Orang Kaya Menteri Paduka Tuan yang pertama di negeri Perak dan Mufti Pertama Perak pada zaman Sultan Muzaffar Shah 1 mentadbir kerajaan sekitar 1528 hingga 1549. Syed Husain ini dikatakan datang dari Aceh. Syed Jalaluddin mendapat gelaran Tok Tambak setelah beliau meninggal dunia. Ianya diberi pada hari pengebumiannya apabila ramai waris seperti anak, cucu, saudara dan muridnya yang hendak menambakkan tanah ke atas pusaranya sebagai tanda kasih dan penghormatan terakhir pada Syed Jalaluddin. Kemudian, penduduk setempat memberi gelaran Keramat Pulau Pisang sebagai tanda memperingati kekeramatannya sewaktu beliau masih hidup. Jadi pada hari ini, makamnya digelar Tok Tambak Keramat Pulau Pisang. Ulama' tersohor di dalam negeri Perak ini pada satu ketika dahulu juga adalah penasihat agama Islam utama buat Sultan Iskandar Zulkarnain iaitu Sultan Perak yang ke 15 pada tahun 1756 hingga tahun 1770. Tok Tembak ketika hayatnya dikenali sebagai seorang yang tegas dan dalam masa yang sama mempunyai sifat lemah lembut serta bertolak ansur. Beliau amat dihormati oleh penduduk sekeliling dan sering dibuat rujukan dalam persoalan hal ehwal agama Islam.

Haziq Haikal
Haziq Haikal
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 25 October 2026 03:25:25 GMT
2068
117
4
3

Music

Download

Comments

mubinalfatani
Y.M T Mar Chef :
pernah sampai Saya disini
2026-10-25 14:08:05
0
asrulhelmey
AskRules :
usia dia 2 ratus tahun lebih ka?
2026-10-25 07:14:28
0
aisyah.muhammed
Aisyah Muhammed :
♥️♥️♥️
2026-10-25 12:06:13
1
user9511410830108
tokmohuda8603 :
Semoga Allah tempatkan arwah digolongan org beriman a'amiin
2026-10-25 08:38:18
0
To see more videos from user @haziq.haikal.official, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About