@beastpenta: Serangan pendatang haram Israel terhadap rakyat Palestin dilaporkan semakin meluas, bukan sahaja melibatkan tanah, rumah dan pokok zaitun, malah turut menyasarkan haiwan ternakan. Menurut laporan Assabeel, kejadian kecurian, peracunan dan pembunuhan kambing biri-biri semakin meningkat di Tebing Barat yang diduduki. Haiwan ternakan merupakan sumber pendapatan utama bagi banyak keluarga Palestin, khususnya masyarakat Badwi dan penduduk luar bandar. Kehilangan ternakan bukan sekadar kerugian harta benda, tetapi turut menjejaskan mata pencarian dan kelangsungan hidup keluarga yang bergantung kepadanya. Serangan ini dilaporkan terus berlaku tanpa langkah pencegahan berkesan untuk melindungi ternakan dan harta benda penduduk Palestin. Sumber: Assabeel | 25 Oktober 2026#israelcelaka #flypシ #konfliktimurtengah #mey9 #freepalestine🇵🇸❤️