@ohmymedia.cc: Tindakan membuat laporan polis terhadap aktivis,  Zainal Rashid Ahmad (ZRA) menjadi persoalan apabila ada pihak ingin mengetahui sebab di sebalik laporan tersebut dilakukan. Menjawab persoalan tersebut, Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Mohamad Zamir Ghazali tampil memberikan penjelasan mengenai asas laporan polis tersebut, termasuk beberapa tuntutan berkaitan kebajikan pesawah yang dibangkitkan ZRA. Menurut Zamir, laporan polis merupakan ruang awam dan pihak yang dilaporkan juga mempunyai ruang untuk memberikan penjelasan balas. Beliau turut berpandangan bahawa laporan berkenaan dibuat bukan semata-mata kerana ZRA mengemukakan tuntutan kepada kerajaan, sebaliknya berkaitan dakwaan penggunaan data dan fakta yang tidak tepat. Sejak Mat Sabu jadi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan – dah berpuluh memorandum yang diterima, namun tak pernah ada sesiapa membuat laporan polis ke atas penghantar memorandum.” “Jawapannya mudah – kerana ada data dan fakta ZRA yang salah. Salah itu pula diulang-ulang sebutan. Ia tidak lagi menjadi satu pendedahan tetapi kelihatan naratif penghukuman awam kepada kerajaan,” ujarnya. Zamir turut menyentuh tuntutan pampasan kepada pesawah di Pendang, Kedah, yang mengalami kerugian akibat dua kejadian banjir pada 2023. Menurutnya, semakan kerajaan mendapati bantuan kewangan melalui Tabung Bencana Tanaman Padi kepada pesawah yang terjejas akibat bencana, termasuk banjir, telah selesai dibayar kepada pesawah terlibat. Selain itu, beliau menjelaskan tuntutan pampasan RM50 juta berhubung kelewatan Baja 3 perlu dinilai berdasarkan kajian terperinci bagi mengenal pasti kesan sebenar terhadap pengeluaran padi. “Katakan pesawah A dalam musim lepas dapat 3 tan dan musim ini dia dapat 4 tan, apakah dia layak dapat pampasan?” Disebabkan itu, beliau mempersoalkan asas tuntutan berkenaan sekiranya kerugian yang didakwa berlaku mungkin berpunca daripada faktor lain seperti kemarau, masalah bekalan air, perosak atau rumput. Katanya, kajian perlu dilakukan terlebih dahulu kerana sebarang pampasan melibatkan penggunaan wang rakyat. Beliau juga membangkitkan tuntutan supaya kerajaan melunaskan hutang pesawah kepada broker atau pengilang yang disebut berjumlah RM200 juta. Ujarnya, kerajaan perlu menilai keberkesanan bantuan seumpama itu dan memastikan masalah hutang tidak berulang selepas wang rakyat digunakan untuk melupuskannya. “Nak mendesak tak salah tapi kenalah faham dulu keseluruhan ekosistem sebelum nak menuduh Kementerian lepas tangan,” katanya. Dalam pada itu, Zamir menjelaskan laporan polis yang dibuat oleh Ahli Parlimen, Abbas Azmi, bertujuan menggalakkan masyarakat mengamalkan prinsip tabayyun, iaitu menyemak dan memastikan kesahihan sesuatu maklumat sebelum mempercayainya. “Inilah yang menjadi asas laporan polis dari sahabat saya YB Abbas Azmi. Beliau mahu masyarakat beramal dengan tabayyun. Bukan tibaiyun,” Mengulas mengenai pertemuannya yang bakal berlangsung bersama ZRA dalam sebuah podcast, Zamir mendedahkan kedua-dua pihak akan menggunakan Laporan MyCC 2024 sebagai rujukan bersama, meskipun tafsiran terhadap laporan itu mungkin berbeza.

Oh My Media
Oh My Media
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 25 October 2026 08:11:51 GMT
12377
131
52
3

Music

Download

Comments

pistengwuzere
PistengWuzere :
parti pun hidup dgn dana dap
2026-10-25 10:29:08
9
triple_iii83
WAN~2️⃣~SOMething :
xyah la guna nama parti amanah..x amanah pun..
2026-10-25 10:31:37
11
gmie4
gmie :
Teruskan perjuangan ZRA
2026-10-25 09:13:13
9
riez_75
MRA :
ZRA bias
2026-10-25 08:32:33
3
abeqim71
Z4D4 :
teruskan memperjuangkan nasib petani..Tuan haji klu x smpai bla² petani trus d tekan dan dpersalahkn..klu ada fakta yg salah tlg betulkn fakta itu xperlu nk buat laporan polis sprti nk mjga kedudukan ssorg d atas...
2026-10-25 09:55:01
2
ninisya_zz
ninisya_zz :
takpa kita ada allah kita pakat ramai2 buat khunut nazilah pulak takkan nak buat khunut nazilah polis nak tangkap nak mengadu dgn allah pasai sistem yg manusia buat ni pesawah dah rasa terbeban sangat sekarang
2026-10-25 14:28:03
0
rannur6
Raa :
balas dgn fakta bkn repot..tutup mulut rakyt nk bersuara..
2026-10-25 12:10:34
1
moon76206
Moon :
Kalau keluarga keter jaminan makanan betul... pesawah senang.. Untung lebih setiap tahun.. Tak ada la ZRA nak buat cam ni.. Tak ada la pesawah marah... ZRA ingat ada elaun ke.. ada gaji ke...
2026-10-25 10:08:38
0
jus0h
benladin :
Pabila amanah yg dikhianati
2026-10-25 12:46:16
1
ark5956
ARK :
Mereka cuba tutup mulut rakyat dari bersuara, Lawan tetap lawan demi Islam, demi Haq dan demi Keadilan
2026-10-25 12:32:13
1
abe.lie29
Abe Lie :
hakikat sebenar zra bela pesawah pada masa yang sama akan terbongkar kes disebalik nya.
2026-10-25 15:06:38
0
rosli.omar6
Rosli Omar :
TUAN YG REPORT NI PATUT TURUN KE BENDANG JUMPA PESAWAH. CHECK BETUL TAK APA ZRA KEMUKAKAN. BARULAH BETUL BUAT KERJA. JGN BUST REPORT LEPAS POLIS KENA BUAT KERJA. BAZIR MSSA, TENAGA & DUIT OPERASI
2026-10-25 14:10:59
0
murasaki.88
EIGHTyEIGHT_Y🅰️NKI :
jangan la percaya dengan bani politik ni.orang lain semua diorang kata salah..diorang je betul..apapun terbaik zra.
2026-10-25 09:28:49
3
pesara.berpencen
Pesara Berpencen :
Pan anti pesawah ker?
2026-10-25 14:27:24
0
paktam_a
@paktamarwana :
SEMOGA D PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN ZRA DAN PETANI2 D MALAYSIA,AAMIN4
2026-10-25 13:50:53
0
faridaraha2
kamal :
org cerita musim bersawah. potongan padi baja subsidi musim bersawah kan 6 bulan sekali. musim tuai potongan tinggi bila dah tanam baja lewat. jawab je lah jangan buat cerita lain.
2026-10-25 13:47:43
0
syedhaslan0
user9075782914163 :
Amanah je yg sentap sebab semua glc berkait pertanian dia yg pegang
2026-10-25 12:43:36
0
shideeku
#shidiku@ :
spin
2026-10-25 09:00:22
0
ezzan2408
ezan :
Amanah pun kaki spin juga dah goyang lah
2026-10-25 10:18:52
7
kitaorangjb_2021
kttaorangjb_2021 :
Dh bertahun😂😂😂
2026-10-25 10:32:35
0
azmiazmi731
Kelah Hulu Berang :
sokong zra
2026-10-25 10:42:14
0
adamaroy7
adamsroy7 :
seberapa kerap MyCC turun padang sewaktu tiba musim menanam padi? Dari mana MyCC mendapat data tentang pesawah? Dari PESAWAH,PEMBEKAL BENIH PADI,PEMBEKAL BAJA, PEMBORONG PADI atau PENGILANG BERAS? ATAU dari 🚗☎️? Mungkin ada fakta yg salah. Dan MUNGKIN ada fakta yg akan DIPERSALAHKAN. 🤔🤔
2026-10-25 15:39:02
0
mohd.nasir517
Mohd nasir :
FAKTA LWN FAKTA
2026-10-25 12:39:48
0
shahrulanuar024
shahrulanuar024 :
ZRA terbaik
2026-10-25 11:53:45
0
chucknorris370
CHUCK NORRIS :
Kalau dari PAN ni kebanyakannya menghabiskan borehole....dah la tak membantu pesawah...menyerang orang yg bantu pesawah
2026-10-25 10:19:12
1
To see more videos from user @ohmymedia.cc, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About