@mediaselangor: LENSA | Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Kelas Pertama kepada enam individu dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Baginda di Balairung Seri, Istana Alam Shah, hari ini. Istiadat tersebut turut diserikan dengan keberangkatan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah serta kehadiran Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz. Istiadat yang berlangsung dengan penuh adat dan tradisi diraja itu dirakamkan oleh jurufoto Ahmad Zakki Jilan dan Khairul Helmy Mohd Din sekali gus mengabadikan antara detik bersejarah sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. #MediaSelangor #JubliPerak #25TahunPemerintahan #SultanSelangor

Media Selangor
Media Selangor
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 25 October 2026 13:05:46 GMT
2573
50
0
2

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @mediaselangor, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About