@hyebook: BILA KAU PILIH DIA “Kenapa kamu sanggup buat Qis dengan anak-anak kamu macam ni, Fariz? Apa yang kurang pada Qis? Abah tengok, dia dah jalankan tanggungjawab dia sebagai isteri dan ibu dengan baik.” “Dia jaga rumah tangga kamu, besarkan anak-anak kamu. Apa lagi yang kamu nak sampai sanggup curang dengan isteri orang?!” Abah melantunkan soalan yang aku sendiri tak sabar mahu mendengar jawapannya. Fariz diam seketika kemudian mengangkat kepala memandangku. “Sebab dia tak kerja, tak ada pendapatan sendiri. Hidup pun bergantung pada duit saya. Saya nak isteri yang boleh berdiri atas kaki sendiri, bukan perempuan yang asyik mengharapkan suami untuk semua benda.” Sinis jawapan Fariz. Tersayat hatiku mendengarnya. Jadi, itulah puncanya dia curang dengan aku? Selama hampir sepuluh tahun menjadi isterinya, segala pengorbananku langsung tak bernilai hanya kerana aku tak punya pendapatan sendiri. “Tapi kamu juga yang suruh Qis berhenti kerja dulu. Kenapa sekarang kamu mengungkit dan salahkan dia pulak?” “Dulu, kamu yang kata kamu mampu tanggung dia dan anak-anak. Sekarang, bila dah bosan, kamu jadikan perkara tu alasan untuk curang. Qis ni dah banyak berkorban untuk keluarga kamu, Fariz. Kamu tu yang tak reti menghargai.” Mak mentuaku mempertahankan aku. “Itu dulu. Sekarang saya dah sedar. Saya dah penat nak tanggung semuanya seorang diri. Saya nak isteri yang boleh bantu saya, bukan sekadar duduk di rumah dan bergantung pada duit saya,” balas Fariz sambil menjeling aku. Aku menggigit bibir menahan air mata agar tak jatuh di pipi. Pedih hatiku mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut lelaki yang selama ini aku anggap sebagai tempat bergantung. Tetapi ini balasannya atas segala pengorbanan aku? “Habis, sekarang apa yang kamu nak buat? Kamu nak ceraikan Qis semata-mata sebab perempuan ni? Kamu sedar tak perempuan ni isteri orang? Kamu sanggup hancurkan rumah tangga sendiri dan rumah tangga perempuan ni?!” Suara abah keras menampar telinga aku. “Ya, saya memang dah lama nak ceraikan Qisya. Maya pun akan minta cerai dari suami dia. Bila dia dah habis iddah nanti, kami akan kahwin.” Tegas suara Fariz. Wajahnya yang serius menjelaskan bahawa dia tak bergurau. “Kamu ni dah gila ke, Fariz?! Sanggup kamu nak ceraikan isteri yang dah berkorban macam-macam untuk kamu, semata-mata sebab perempuan yang kamu belum kenal luar dalam?” “Kamu ingat perempuan tu akan kekal dengan kamu sampai bila-bila? Jangan sampai nasi dah jadi bubur, baru kamu nak menyesal!” Mak mentua aku mengherdik anaknya. “Cakaplah apa yang mak dengan abah nak cakap. Saya dah tak kisah. Tekad saya dah bulat. Saya akan ceraikan Qisya dan kahwin dengan Maya.” Habis bercakap, Fariz pantas menarik tangan Maya masuk ke bilik. Tak sampai beberapa detik, mereka keluar semula dan terus menonong menuju ke pintu. #ebooklover #ebook #novelonline #wattpad #ebooktiktok
ᗩᒪYᑎ
Region: MY
Monday 26 October 2026 03:22:39 GMT
Music
Download
Comments
KakNie :
sambungan
2026-10-26 08:17:58
0
Aurora Ami Bookstore :
Saya baca teaser menyirap rasa
2026-10-26 14:33:23
0
To see more videos from user @hyebook, please go to the Tikwm
homepage.