@mediaselangor: Lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya yang juga pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Kompleks Perumahan Penjawat Awam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 15 Oktober lalu. Mohd Khairudin Safi’ai, 37, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan, Mohd Khairudin didakwa membunuh Norhazwani Ibrahim, 35, di sebuah rumah di Kompleks Perumahan Penjawat Awam KLIA, Nilai, kira-kira 7 malam, 15 Oktober lalu. #MediaSelangor #AKPS #KLIA #kesbunuhisteri

Media Selangor
Media Selangor
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 26 October 2026 05:41:01 GMT
2372
29
1
1

Music

Download

Comments

jeyaraj2606
Jeyaraj2606 :
may justice prevail
2026-10-26 07:05:32
0
To see more videos from user @mediaselangor, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About