@onnhafiz: Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang bersama lebih 1,000 pengunjung yang terdiri daripada mahasiswa IPTA, IPTS dan TVET serta belia pencari kerja sempena Majlis Perasmian Penutup JTDC Mega Job Fair dan JTDC Mega Connect 2026 di TMIYC Iskandar Puteri. Program ini menjadi platform penting dalam menghubungkan pencari kerja, khususnya golongan belia dan graduan, dengan majikan serta pemain industri di Johor. Penganjuran ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri bersama Johor Talent Development Council (JTDC) dan Unit Strategik Modal Insan (SMI) dalam memperkukuh pembangunan bakat tempatan, memenuhi keperluan tenaga kerja industri serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti untuk Bangsa Johor. Saya turut mengambil kesempatan melawat booth pameran yang menghimpunkan 44 syarikat daripada pelbagai sektor, bersama 9 agensi dan 8 pempamer TVET. Secara keseluruhan, sebanyak 3,008 kekosongan jawatan ditawarkan, termasuk 977 kekosongan dengan gaji melebihi RM4,000 sebulan dan 2,031 kekosongan dengan gaji di bawah RM4,000. Peluang pekerjaan ini turut merangkumi pelbagai tahap kelayakan, daripada SPM dan diploma hingga ke peringkat ijazah dan setaraf. Saya difahamkan bahawa sepanjang tiga hari penganjuran, lebih 1,000 calon telah berjaya memperoleh pekerjaan. Tahniah diucapkan kepada semua calon yang berjaya! Pencapaian ini membuktikan bahawa usaha mempertemukan pencari kerja dengan majikan secara langsung mampu membuka ruang kerjaya yang lebih luas kepada Bangsa Johor untuk membina kerjaya dan meningkatkan taraf hidup di negeri sendiri. Insya-Allah, Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama agensi berkaitan akan terus mempergiat usaha memperkukuh pembangunan modal insan dan memperluas akses kepada peluang pekerjaan berkualiti, selari dengan aspirasi Maju Johor 2030. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Onn Hafiz
Region: MY
Monday 26 October 2026 06:21:03 GMT
Music
Download
Comments
Faizah samad :
Tabarakallah......Alhamdulillah...Syabas MB
MAJU JOHOR
2026-10-26 13:50:38
0
usop sonto :
Alhamdulillah.. terima kasih kerajaan negeri Johor .
2026-10-26 06:32:07
76
Lo Gan :
🔱😂😂😂. GOOD so JUST BUILD JOHOR itself will take 50YEARS.
Have Proper Lifestyle, BE Responsible & Have FUN all the WAY. 💯. KEEP SMILING MALAYSIANS. 🔥🌎♥️🇲🇾
2026-10-26 12:07:26
0
iezy :
Tapi masih ade kilang di Johor tak org tempatan. Die nk Philippine atau Myanmar. Reject mcm tu je. Bole buat aduan tak
2026-10-26 08:18:45
16
Shahzad Khan. :
inshallah see you ☺️☺️
2026-10-26 12:38:34
0
Hjh Shemah Mahadi :
jgn pula kerja semua kontrak seperti kerani guru dan sebagainya
2026-10-26 09:50:54
21
ayuliya :
mcm ibu tunggal. pun nk keja tapi tu lah. bila tanya umur aja x ada. klu lah ada keja untuk ibu tunggal. alhamdulillah
2026-10-26 07:45:01
11
هامير آل هيري :
Terbaik Kerajaan Negeri..usahakan peluang pekerjaan terbaik untuk Bangsa Johor..
2026-10-26 06:25:55
18
anuarodin :
Masalah nya majikan kilang tak terima umur 55-60....peluang kerja tertutup untuk umur 55-60 ramai menggangur
2026-10-26 15:26:49
4
𝓓𝓲𝓪𝓻𝓲 𝓡𝓪𝓱𝓼𝓲𝓪..🪶📚 :
sy mohon tak dpt pun... walaupun ada diploma di sbb kan faktor umur dh cecah 50,,bnyk syarikat pilih yg berumur bwh 40 ke bwh,,
2026-10-26 07:20:32
9
Kalidass279 :
kilang kami Perlukan warga Melayu di kawasan Kangar Pulai
Pulai Hijauan
2026-10-26 09:40:05
2
Razak Ismail :
JDT memang terbaikk.....🤩🤩🤩🤩🤩
2026-10-26 07:32:46
8
user68407718579205 :
MADAN1👍
2026-10-26 15:08:56
0
suzy :
YB umur ada had ke ?
2026-10-26 08:33:23
1
Ridzuan__ :
Mca mne nk mohon
2026-10-26 11:55:28
2
Jun Fairuz :
Asslkum Dato' banyakkanlah peluang pekerjaan untuk student yang study teknologi animasi 3D.
2026-10-26 12:03:20
1
chefdin821 :
terbaik YB Johor terus berjuang Demi Raja2 agama rakyat Malaysia Aamin 🥰🥰🥰🥰🥰
2026-10-26 07:12:53
1
Pat Azali :
Alhamdulillah..terimakasih kerajaan negeri Johor
2026-10-26 11:43:46
1
syukri_msi86 :
2026-10-26 14:53:35
0
ahmadarsad :
2026-10-26 15:46:36
0
Mayya 🕊 :
ada kilng kene tunggu smpai 4 bln , kalau 4 bln tk dipggil mknanya tk layak 😂
2026-10-26 17:14:29
0
wife&3kids :
Cmne nk mohon
2026-10-26 15:16:32
0
Lata :
Umur 50 lebih tak blh dpt kerja.
2026-10-26 16:27:11
0
Tok Razak :
MAJU JOHOR #KKS33
2026-10-26 17:29:13
0
wak R :
terbaik
2026-10-26 15:46:55
0
To see more videos from user @onnhafiz, please go to the Tikwm
homepage.