@wansaifulwanjan: TENDER MAKANAN BERMASAK RM1.32 BILION KPM: RAKYAT BERHAK BERTANYA Hari ini saya membangkitkan persoalan mengenai tender Makanan Bermasak KPM Fasa 2 Tahun 2026 bernilai RM1.32 bilion. Dalam pengumuman yang dibuat, terdapat beberapa perkara yang perlu diperjelas oleh kerajaan: 1. Terdapat dua kontrak yang bernilai amat tinggi, satu bernilai RM38.7 juta dan satu lagi RM20.9 juta. Sedangkan kontrak paling rendah nilainya hanya RM 1.13 juta. Jurang yang amat besar ini perlu penjelasan. Bilangan syarikat enterprise yang menerima kontrak juga amat tinggi, termasuklah dua yang paling besar disebut di atas. Adakah syarikat enterprise yang sebegitu banyak mampu menguruskan kontrak-kontrak bernilai besar? 2. Terdapat 25 syarikat yang menang tender yang namanya tidak membayangkan mereka bergiat dalam bekalan makanan bermasak, membabitkan jumlah keseluruhan RM113.5 juta. Berdasarkan nama syarikat, didapati namanya membayangkan bidang operasi berikut: - Sekuriti dan perlindungan: empat syarikat, jumlah RM12.84 juta. - Kawalan perosak: satu syarikat, RM3.26 juta. - Autocar: satu syarikat, RM4.20 juta. - Pembinaan, kontraktor dan kejuruteraan: sekitar 15 syarikat, jumlah RM68.55 juta. - Bidang lain, seperti plastik, alam sekitar dan fabrik: empat syarikat, RM24.65 juta. Semua ini menimbulkan soalan adakah syarikat-syarikat ini mempunyai pengalaman berkaitan makanan, dan mempunyai dapur berlesen serta sijil halal? 3. Berdasarkan alamat dalam dokumen, lebih 100 penerima beralamat seperti rumah, kampung atau pangsapuri. Untuk kontrak berjuta ringgit, KPM perlu tunjukkan bagaimana kemudahan dapur dan kapasiti operasi disahkan. Kontrak tertinggi, RM38.7 juta, beralamat di sebuah taman perumahan. 4. Dengan nilai kontrak yang begitu tinggi diberikan kepada syarikat enterprise dan syarikat yang masih baru, adakah mereka mempunyai modal pusingan yang cukup? Bayaran kerajaan biasanya hanya berlaku selepas 2-3 bulan invois dihantar. Adakah syarikat-syarikat yang masih baru itu mampu menanggung kos sekiranya berlaku kelewatan bayaran? 5. Ada syarikat Terengganu yang dapat kontrak di Kedah. Kenapa KPM tidak mendahulukan syarikat tempatan? 6. Ada dakwaan bahawa ada broker yang giat menyusun kontrak-kontrak ini. Carian keputusan tender KPM boleh disemak dengan mudah di https://myprocurement.treasury.gov.my/ Saya menggesa KPM menangguhkan 31 keputusan yang belum diumumkan sementara semakan dibuat, dan SPRM perlu menyemak 213 keputusan yang telah diumumkan. @kempendidikan @sprm.malaysia #TenderKPM #MakananBermasak #beritaterkini #wansaifulwanjan #fyp
Wan Saiful Wan Jan
Region: MY
Monday 26 October 2026 09:49:19 GMT
Music
Download
Comments
MrFF78 :
Saya pernah utk masuk tender job ni….ada kartel….ada percent kena bg kpd org dlm…belum lg penyelia dewan makan masa pg site visit….dasyat org goverment yg ada kuasa dlm pemberian tender ni…
2026-10-26 16:01:29
90
MFJ :
https://vt.tiktok.com/ZSg4yEBF9/
2026-10-26 18:19:10
0
EmBoH SoPo :
Kroni, select 😌
2026-10-26 17:51:34
0
Orangbiasa :
yg tukg bongkar ni dah settle kes ke belum?
2026-10-26 12:14:10
63
Joe Black :
company dia xdapt la ni...hampehhh
2026-10-26 12:00:36
63
Mohd Riduan :
kalau tender makanan islam ni dah ada kartel... dah zaman berzaman
2026-10-26 12:31:42
63
Buyong :
dah berkurun lamanya KPM mcm tu...kasi dedah...dah berantai dari pucuk sampai ke akar...
2026-10-26 12:11:21
77
din :
Saya pernah ditawarkan utk tender makanan bermasak tapi saya perlu membayar ratusan ribu kpd mereka ( x tau siapa).
2026-10-26 14:02:03
31
محمد نجيب بن عبدالمطالب :
Jgn usik sek kami, jgn usik murid kami, jgn usik guru kami….😂😂😂
2026-10-26 12:23:48
34
cikminahsayang123 :
tolonglah siasat sekali company yang stay kat 1 sekolah sampai belas2 tahun tak tukar2
2026-10-26 17:37:02
11
Bobman7699 :
perkara ini dah lama berlaku, satu syarikat akan guna 3 syarikat DAMI dgn sebut harga yg berbeza. kebanyakkan syarikat juga tidak memiliki pengalaman dlm lesen makanan bermasak. Banyak salahlaku berlaku ttpi jarang didedahkan.
2026-10-26 12:24:34
20
user1914040942961 :
Kasi dedah .... tak kira siapa...madani tinggal se thn shj. Lps tu cuci tangan tapi kontrak terus berjalan.
2026-10-26 11:45:29
28
Arjuna96 :
Enterprise….🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
2026-10-26 20:23:09
0
Edi Nor :
takde cerita nk buat, nama pun jadi masalah
2026-10-26 12:44:21
6
Nanzamri :
Geng kabel kuat je dapat , ahli politik ,datuk tansri ,lepas tu sub kat company kecik ,kiri kanan masuk,sekali dapat berbelas sekolah choiiiii
2026-10-26 15:39:48
15
Suhaimi Ghazali :
Madani😂😜
2026-10-26 15:58:56
0
fauzeahgee :
8% ade..10% ade..paling tinggi 15% mintaknye..🤣🤣🤣🤣bnyk dark side tender makan ni..🤣🤣
2026-10-26 16:46:45
7
Angel Eyes :
kalau nak tgk kontraktor rasa goyang atau tak, & jujur aliran sistem sepatutnya, automatik padankan saja dgn SPRM. Baru jelas nampak wayang diblkg tender. Ada berani? [Snicker][Naughty]
2026-10-26 23:05:14
5
UtdBorderless :
Pakai enterprise boleh seleweng banyak
2026-10-26 15:55:52
7
Tres Bien :
tu company kroni. tk ada kaitan dgn catering pun. PTT semua syarikat mesti Syarikat catering
2026-10-26 14:47:55
7
Rainny :
tolong semak Siapa dapat kontrak ni.. satu owner dapat belas2 Dewan makan
2026-10-26 14:37:30
7
mitay :
kartel main harga dalam tender ada yg tak telus
2026-10-26 15:02:06
10
needle n craft :
relek.... enterprise ialah org tengah .yg masak semua SDN BHD ✌✌😂😂
2026-10-26 12:40:50
11
Darius Maximus :
Semua tender ada broka bohh.
2026-10-26 14:59:30
8
🅰️srul889® :
SPRM siasat jumpalah jawapannya 😀
2026-10-26 12:54:14
10
To see more videos from user @wansaifulwanjan, please go to the Tikwm
homepage.