@sinarharianonline: Sebanyak 28,401 lesen perniagaan dibatalkan dalam tempoh tiga tahun menerusi 10,248 operasi bersepadu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menangani isu pencerobohan perniagaan tempatan oleh warga asing. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pembatalan lesen itu merupakan sebahagian daripada 100,366 tindakan penguatkuasaan yang diambil di seluruh negara sepanjang tempoh berkenaan. #SinarHarian #SinarTerkini #KPKT #LesenPerniagaan #DewanRakyat #Belanjawan2027