@pdrmsia_rasmi: #PDRMInfo KESELAMATAN DIRI DALAM ALAM DIGITAL Di alam digital, individu tidak dikenali boleh menyamar, membina kepercayaan dan memanipulasi kanak-kanak untuk berkongsi maklumat, gambar atau perkara peribadi yang kemudiannya boleh dijadikan alat ugutan dan eksploitasi. Ibu bapa dan penjaga perlu peka terhadap interaksi dalam talian anak-anak serta mendidik mereka agar tidak mudah mempercayai individu yang dikenali melalui media sosial atau permainan dalam talian. Jangan biarkan rahsia menjadi perangkap. Lindungi kanak-kanak daripada eksploitasi di alam digital. Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/ https://www.instagram.com/pdrmsia_official/ https://twitter.com/PDRMsia https://www.youtube.com/user/PDRMsia https://t.me/PDRMsia_Official https://www.tiktok.com/@pdrmsia_rasmi #PolisDirajaMalaysia #RoyalMalaysiaPolice #PDRM #RMP