@lobakmerahmy: Isu 'generasi strawberi' nampaknya bukan sahaja panas di media sosial, malah sampai ke tahap aduan rasmi! Baru-baru ini, Timbalan Mufti Pahang, Datuk Dr Badli Shah Alauddin mendedahkan dirinya telah berdepan aduan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (Sispaa) gara-gara menyentuh topik berkenaan dalam satu ceramahnya. Lebih mengejutkan, aduan tersebut menyebabkan beliau diberi tempoh hanya tiga hari oleh pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk tampil memberikan penjelasan penuh mengenai pemilihan topik berkenaan. Menerusi satu video Kuliah Dhuha di Masjid Felda Kampung Sertik, Bentong, Pahang yang dimuat naik ke saluran YouTube miliknya, Dr Badli Shah meluahkan rasa terkilan dan 'menyampah' untuk lagi mengulas tentang isu tersebut. "Saya tak ada nak cerita hal strawberi, saya jadi menyampah nak cerita, tuan-tuan. Tuan-tuan tahu, saya kena Sispaa tajuk tu? Punyalah teruk masyarakat, saya kena jawab." "Saya diberi masa tiga hari oleh pihak SUK untuk jawab, kenapa saya ceramah tajuk tu. Malas ceritalah, memang malas betul. Lantaklah nak jadi buah apa pun, buah sawit ke apa… lantaklah budak," ujarnya bersahaja tetapi penuh makna. Jangan lupa untuk Like, Comment. Share dan Follow Lobak Merah! 🧡 Terima Kasih!
LOBAK MERAH
Region: MY
Tuesday 27 October 2026 06:30:00 GMT
Music
Download
Comments
abahmung :
mufti pn die sispaa… btapa teruknye zaman ni
2026-10-27 08:18:58
2893
maisini :
ustaz kena sispaa membuktikan perkataan ustaz itu adalah suatu KEBENARAN..
2026-10-27 08:49:00
3807
dinils :
lembik2 zaman madani ne.mana x lembik,pemimpin pun lembik
2026-10-27 06:33:48
3887
katana :
SISPAA pun strawberi jugak
2026-10-27 07:17:54
6339
CM MaleQ :
ustaz nasihat org pun abek tindakan..
bodo molek madani...aku tgu tarikh bubar parlimen
2026-10-27 07:32:39
1147
Mizan21st :
Generasi Strawberry✅
Kerajaan Strawberry✅
2026-10-27 08:11:23
4728
Amnah ab hamid :
sedar tak sedar kita sedang menghampiri zaman ibu bapa melahirkan tuan
2026-10-27 12:03:23
1168
AshaHsn :
Ust suruh korang jadi kuat aje ambik yg positive
2026-10-27 07:38:02
804
maznahtalib7 :
Org tegur sbb sayang..fikir² kan la..yg baikkan jd panduan..👍
2026-10-27 07:04:06
1056
zamri :
teruskan ustaz berkata benar
2026-10-27 07:01:02
2287
EusofLee :
GOVERNMENT NOW ITS SO BAD[Angry][Angry][Angry]
2026-10-28 06:52:17
0
HijabLaura1 :
ustaz hebat pun kena sispaa.. takpe ustaz. tekan lagi diorang
2026-10-27 07:11:05
2373
Kemarhardy ECG :
kerajaan skrg dpt nama baru.. kerajaan strawberry.. 😆
2026-10-27 09:23:45
331
Rohana Yusoff :
Ya Allah,
slamatkan lah Tim. Mufti Pahang Dato Badli Shah drpd di fitnah...
2026-10-27 07:40:02
352
Yukichi :
Semua orang fokus kepada gen strawberry tp xde pun yg sasarkan gen yang menghasilkan gen strawberry tu. Tertumpu kepada kesan daripada punca, padahal hanya punca yang boleh memperbetulkan kesan.
2026-10-27 12:57:14
105
Insyirah :
Mudah TERASA zaman now
2026-10-27 07:12:31
197
lovinggrey :
terbukti memang strawberry[Air mata kegembiraan][Air mata kegembiraan]
2026-10-27 08:05:59
172
Esmaizan EZ :
ada strawberry masam utk dimakan, ada kebenaran pahit utk ditelan. bak kata para ilmuan , bila ditegur yg jahil akan melatah atau melenting dan yg bijak akan merenung serta belajar perbaiki. kita sama2 berfikiran terbuka, berlapang dada dan muhasabah diri.
2026-10-27 08:55:57
76
TUAH RIZQIN :
Kerajaan takut pada kebenaran.... Ini lh kerajaan yg zalim dan menipu...
2026-10-27 12:24:52
47
zacq jamal :
timbalan mufti relex je tegur.... dia x takut hilang jawatan... tp yg buat laporan x takut ke dgn Allah...🤔🤔🤔🤔🤔
2026-10-27 08:06:18
320
Naz🪽 :
aku tegur anak buah aku suruh gosok baju sendiri sbb dh besar panjang, masuk bilik menangis 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
2026-10-27 08:45:52
870
Dakk Aaron_Tuah👐 :
Kalo timb mufti pun boleh kena, xheran la cikgu kat skolah pun pening kepala…😂😂😂😂
2026-10-27 10:34:16
125
Syafiq Firdaus :
sispaa je pun, kate generasi strong.. ape ade hal
2026-10-27 07:03:55
56
Amirul Hafiz Bakar :
Kena ingat generasi strawberi ni lahir dr kita makayah depa...tolonglah jgn manjakan sgt anak2
2026-10-27 08:39:42
134
wsuwh :
teruk betul bdk2 sekarang ni pantang ditegur.
2026-10-27 08:51:00
31
To see more videos from user @lobakmerahmy, please go to the Tikwm
homepage.