@mediaselangor: PARLIMEN | Sebanyak 28 daripada 39 hospital kerajaan merekodkan purata masa menunggu katil ke wad dari Jabatan Kecemasan kurang daripada lapan jam setakat Jun lalu. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah itu melibatkan hospital kategori Jenis 1 dan 2, manakala 94 daripada 103 hospital Jenis 3 dan 4 mencatatkan tempoh menunggu katil kurang daripada empat jam. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun berhubung masalah kesesakan berterusan di Jabatan Kecemasan hospital kerajaan, tempoh menunggu pesakit untuk mendapatkan katil serta langkah penyelesaian yang diambil. #MediaSelangor #HospitalKerajaan #KKM #DewanRakyat