@thereportermy: Seorang pengemis yang mendakwa dirinya lumpuh tiba-tiba mampu bangun dan berlari selepas ditawarkan suntikan yang kononnya boleh menyembuhkan penyakitnya. Memetik laporan Free Press Journal, lelaki itu pada mulanya kelihatan sukar bergerak ketika disoal mengenai penyakit dan rawatan yang pernah diterimanya. Namun, jawapannya sering berubah ketika disoal sehingga menimbulkan tanda tanya. Tidak cukup dengan itu, individu yang merakam video berkenaan kemudian mengeluarkan picagari dan menawarkan suntikan untuk memulihkan kelumpuhannya. Belum sempat jarum menyentuh badan, lelaki itu terus bangun dan melarikan diri, seolah-olah mendapat tenaga baharu dalam sekelip mata!