@nutritionist.kkm: 💚 BERSAMA MELANGKAH KE ARAH PERKHIDMATAN PEMAKANAN YANG LEBIH BERKUALITI Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia berbesar hati menerima Anugerah Pengiktirafan Bintang bagi kategori Bahagian Terbaik di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia. Majlis penganugerahan telah berlangsung pada 26 Oktober 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Anugerah telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia, sebagai pengiktirafan terhadap usaha berterusan dalam memperkukuh kecemerlangan kualiti dan tadbir urus program kesihatan awam. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas pengiktirafan yang diberikan. 💚 Pencapaian ini mencerminkan komitmen, dedikasi dan semangat kerja berpasukan seluruh warga Bahagian Pemakanan dalam memperkukuh dasar, perkhidmatan dan advokasi pemakanan demi kesihatan serta kesejahteraan rakyat Malaysia. Pengiktirafan ini menjadi dorongan untuk kami terus belajar, menambah baik mutu perkhidmatan dan memperkukuh usaha dalam meningkatkan kecelikan pemakanan masyarakat. Semoga kita dapat terus melangkah bersama, memberikan yang terbaik dan berusaha ke arah perkhidmatan pemakanan yang lebih berkualiti demi rakyat Malaysia. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan. Kejayaan ini menjadi inspirasi untuk kita terus maju bersama. 🌿 #NutritionistKKM #BahagianPemakanan #KKM #KesihatanAwam
NutritionistKKM
Region: MY
Tuesday 27 October 2026 09:53:40 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @nutritionist.kkm, please go to the Tikwm
homepage.