@patroler.bn: MASJID JAME’ ASRI HASSANIL BOLKIAH. 🇧🇳 Di Kampong Kiarong, berdiri megah Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, antara masjid terbesar di Negara Brunei Darussalam. Pembinaannya bermula pada tahun 1988, sebagai tanda memperingati Jubli Perak pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Masjid ini mula digunakan pada 14 Julai 1994, bersempena sambutan Hari Keputeraan Baginda yang ke-48. Keindahan seni binanya mengundang pandangan, namun kemuliaan masjid ini lebih terasa apabila ia dipenuhi jemaah yang datang untuk beribadah dan menenangkan hati. Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, lambang keindahan, kesyukuran dan syiar Islam di bumi Brunei. 📽️Rakaman Dron | Patroler BN #jejakkampongbn