@siewkhim_official: Operasi Bersepadu Menyelamatkan Gelandangan di bawah Akta Orang Papa (AOP) 1977 Bil. 2/2026 telah dilaksanakan pada 27 Oktober 2026 bersama pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan. Operasi ini melibatkan rondaan di 15 lokasi tumpuan sekitar daerah Timur Laut, dengan seramai 46 individu telah disantuni. Daripada jumlah tersebut, 9 individu ditempatkan di Pusat Transit Harapan (PTH), 2 diserahkan kepada AADK, manakala kes-kes lain diberikan tindakan susulan mengikut keperluan dan prosedur yang ditetapkan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar jangan mengagihkan makanan di tepi jalan kepada golongan gelandangan. Walaupun niat untuk membantu amat dihargai, bekalan makanan yang terlalu banyak di lokasi tertentu boleh menyebabkan pembaziran dan menggalakkan orang ramai berkumpul di kawasan berkenaan. Orang ramai digalakkan menyalurkan sumbangan makanan dan barangan keperluan kepada Pusat Transit Harapan (PTH) atau NGO pilihan masing-masing supaya bantuan dapat diselaraskan dan diagihkan mengikut keperluan sebenar. Usaha menangani isu gelandangan bukan sekadar membawa mereka keluar dari jalanan, tetapi juga memastikan mereka mendapat perlindungan, penilaian kebajikan dan bantuan yang bersesuaian. Setiap individu mempunyai latar belakang dan keperluan yang berbeza, justeru tindakan susulan perlu dilaksanakan berdasarkan keadaan setiap kes. Terima kasih kepada semua agensi dan anggota yang terlibat, termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat, MBPP, PDRM, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, AADK, Jabatan Kesihatan Negeri serta ahli majlis MBPP dan wakil daripada pejabat MP Tanjong, ADUN Padang Kota dan ADUN Komtar sepanjang operasi ini. Kerjasama bersepadu amat penting untuk memastikan golongan yang memerlukan tidak tercicir daripada sistem bantuan dan perlindungan sosial.
siewkhim_official
Region: MY
Tuesday 27 October 2026 14:09:52 GMT
Music
Download
Comments
(🚻Dheil 🦁 Amber🇲🇾🏦) :
Masha Allah very nice 👍👍👍
2026-10-28 06:10:07
0
Abdul Rahim :
pi tengok di penang sentral ini hari tangkap besok ada lagi
2026-10-27 19:51:03
11
CEOTS :
yb pas yg blh buat mcm ni
2026-10-27 18:33:48
3
@matakucing2279 :
Terbaik YB SIEW KIM🥰✌
2026-10-28 05:31:05
2
Murniati Darisan :
terbaik smga semuanya di bagi tempat berteduh
2026-10-28 01:52:45
3
Triana🌹 :
kat Komtar nie memang pot deva,good job lah bagi bersih...👍
2026-10-28 02:45:52
3
Rose Laini :
bagus tuh bagi tempat yg layak buat gelandangan jangan ditempat maccam ni orang nampak pun kasian Dan tak layak
2026-10-28 00:17:36
2
MARYPOSA 🧚♂️ :
YB terbaik !
2026-10-27 23:31:34
6
shantyshan176 :
dari zaman dulu sampai zaman ni..di Penang central depo org homeless
2026-10-28 00:18:26
1
bigreen :
Betul mereka akan lari balik. Kena buat mula2 masuk cell berpagar dulu bagi rasa lepas berapa hari baru lepas ke pusat
2026-10-27 23:00:58
1
Faa :
kat parking moto level bawah depan pej pos tu, balik keja 9-11 mlm dulu ada 2-3 org siap lilin ubat nyamuk. hat dlm bilik bawah parking tu pun ad duk. gelappp yakmat. kesian sebenarnya. skrg xsure laa dah lama x masuk parking tu
2026-10-28 05:54:03
0
Bahan Asahan Silat :
YB yg terbaik 👍🏾👍🏾
2026-10-27 18:16:12
3
jasnimatlias :
bagus ,
2026-10-27 22:04:25
2
Goh CHUIN LOON :
sejak 202…? 🧐🧐🧐
2026-10-28 03:43:33
0
🐇小白兔🐇 :
2026-10-27 22:04:38
1
Maslina lina :
terbaik yb
2026-10-27 17:49:16
0
XINYU 馨雨 :
2026-10-28 01:15:59
0
zizi :
tu la tolong rakyar dulu.
2026-10-28 01:04:16
0
user5958538568287 :
syabas
2026-10-28 01:16:37
0
lalitha :
good job
2026-10-28 02:17:35
0
🦾Richard🔥8day :
What is the plan any follow up video
2026-10-28 01:28:45
0
Tuti :
good mcm ni
2026-10-28 01:40:53
0
settia :
👍
2026-10-28 05:10:46
0
To see more videos from user @siewkhim_official, please go to the Tikwm
homepage.