@therakyatinsight: Seramai 70 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan Op Viking berhubung dakwaan kewujudan “mafia korporat” di Malaysia setakat 25 September 2026. Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu turut menyaksikan pembekuan dan penyitaan pelbagai aset yang dipercayai berkaitan dengan aktiviti disiasat. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, aset terbabit merangkumi lapan hartanah, 11 kenderaan, 417 akaun sistem depositori pusat (CDS), 70 akaun dagangan saham bernilai kira-kira RM323.59 juta serta 404 akaun bank berjumlah RM85.62 juta. Beliau berkata, siasatan yang dijalankan di bawah Akta 613 itu masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan. Setakat ini, tiada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikenal pasti dalam kalangan individu yang dipanggil untuk membantu siasatan, manakala PDRM komited menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. #KDN #therakyatinsight

The Rakyat Insight
The Rakyat Insight
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 28 October 2026 01:23:42 GMT
1574
24
1
0

Music

Download

Comments

mdnoor3735
MD Noor :
rakam jangan tak rakam sudahlah
2026-10-28 04:27:58
0
To see more videos from user @therakyatinsight, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About