@makchositi: Sebagai manusia yang normal kadang ada rasa kecewa, apabila apa yang kita harapkan tidak menjadi seperti yang dirancang. Benarkan sahaja diri kita merasakan kesedihan atau kekecewaan itu tanpa perlu melawannya. Menangislah dan ambil masa untuk berehat. Ia satu keperluan, bukan tanda kita lemah. ~renungandirisendiri~