@lobakmerahmy: IShowSpeed sekali lagi mencuri perhatian netizen Indonesia apabila dia dilihat semakin lancar berbual dalam Bahasa Indonesia ketika berjumpa seorang peminat menerusi platform Omegle. Dalam perbualan itu, Speed selamba menggunakan beberapa frasa Bahasa Indonesia termasuk “santai”, sebelum memberitahu bahawa dia boleh bercakap dalam bahasa tersebut dan mengajak peminat berkenaan terus berbual dengannya. Lebih menarik, bila ditanya belajar dari mana, Speed menjelaskan dia banyak berkomunikasi dengan orang Indonesia dan turut menonton rancangan TV berbahasa Indonesia. Walaupun susunan ayatnya belum sempurna, dia dilihat mampu memahami soalan mudah dan menjawab dengan yakin. P/S: Lepas ni boleh lah belajar cakap bahasa Malaysia pula ye cik Speed Sumber: detikINET