@berita.ks: SEREMBAN, 28 Okt - Kerajaan Negeri Sembilan telah mewartakan secara rasmi pemberhentian tiga pemimpin adat tertinggi negeri termasuk Datuk Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong ke-10, Dato' Mubarak Thahak@Dohak. Pewartaan yang dikeluarkan pada 23 Oktober lalu itu turut membabitkan pemberhentian peranan Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman ke-16, Dato' Maarof Mat Rashad serta Datuk Shahbandar Sungei Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid. "Pemberhentian berkenaan mematuhi Perkara 16(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959," kata Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU), Raja Norazli Raja Nordin menerusi pengumuman dokumen rasmi tersebut. Warta berkenaan memperincikan bahawa tarikh kuat kuasa pemberhentian bagi Mubarak bermula pada 13 Mei 2025, Maarof pada 31 Mei 2023 manakala Badarudin pula secara rasminya ditamatkan pada 30 Julai lepas. Pengisytiharan penting yang mencatatkan perubahan kepimpinan institusi adat ini telah mendapat perkenan penuh melalui titah perintah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. "Dengan ini, sekalian dan setiap pegawai dan rakyat di dalam Negeri Sembilan dan sekalian mereka yang lain yang berkenaan hendaklah mengambil perhatian dan mengambil maklum di atas hal ini," menurut warta berkenaan kepada seluruh lapisan masyarakat. Dalam warta yang sama, pihak pentadbiran turut mengisytiharkan penzahiran Undang Luak Sungei Ujong ke-11, Datuk Kelana Petra Dato' Muhammad Faris Johari yang telah mengangkat sumpah dan beraku janji pada 27 Jun lalu sebelum diperakukan oleh DKU. Selain itu, dokumen berkenaan juga memaklumkan bahawa Datuk Sedia Raja Dato' Hassan Ab Hamid telah dimasyhurkan sebagai Undang Luak Rembau yang baharu selepas menyempurnakan istiadat pengesahan pada tarikh yang sama. #BeritaKS
Berita_KS
Region: MY
Wednesday 28 October 2026 09:30:00 GMT
Music
Download
Comments
jen@18 :
undang sg ujung & Undang jelebu masih kekal undang yg sah,DKU masih x beri jawapan atas alasan ape undang sg ujung & undang jelebu dipecat,yg sah turun takhta adelah tengku mukriz yg dipersetujui olh 4 undang & tengku besar tampin,raja2 melayu bertitah urusan adat dinismilan biar diselesaikan dgn cara adat org luar& org politik jgn masuk campur
2026-10-28 12:17:19
12
Ibnu Aqeef :
Selagi pelantikan 5 ADUN DAP ke dalam Exco Kerajaan Negeri Sembilan belum tercapai selagi itu lah percaturan politik mereka mainkan..,
2026-10-28 12:22:53
12
Adnanisa5902 :
jangan Tundok wahai yTM undang yang 4 ..Awak pemegang kuasa di negeri NS. YDPB.pun atas lantikan yTM undang yang.4..
2026-10-28 11:39:30
16
anak Malaysia :
haru biru jadi puak2 UMNO ni 🤦🏻♂️🤦🏻♂️🤦🏻♂️🤦🏻♂️🤦🏻♂️
2026-10-28 12:19:51
7
Haikal Kimie :
Minit Mesyuarat disorokkan...warta yg dikejarkan😅
2026-10-28 13:26:05
2
Rahim Jang :
Angkara kerajaan UMNO sakau rakyat jadi keliru.
2026-10-28 14:04:36
1
mohdzin2930 :
SU DKU DH DIPOCAT DLM WARTA SU DKU NAMO LAIN
2026-10-28 11:00:17
2
teh tarik :
gajah sama gajah bergaduh pelanduk mati ditongah²...apalah nasib wahai rakyat negori...
2026-10-28 11:47:34
1
apolatuh :
n9 adat perpatih dh tukar ke adat temenggung?
2026-10-28 13:50:14
3
Ramzi Rahimi Ramlan :
Dokumen warta tapi tak ne nama SU DKU? 🤔
2026-10-28 09:49:06
4
yung01 :
bravo
2026-10-28 11:13:53
4
Move_on :
BN PN terciduk lgi✌️😁
2026-10-28 11:16:42
3
Sham Omar :
chek mate
2026-10-28 10:28:28
3
Pak Zam Terapi :
Nak cabar YDB Tuanku Muhriz..
2026-10-28 12:34:17
1
Pangofficial :
baru betul.....
2026-10-28 11:30:06
2
Jalil 2ndAcc :
ENDING
ALHAMDULLILAH [Hands open][Like]
2026-10-28 11:32:42
1
Tali berkebolehan :
Mantap
2026-10-28 12:59:18
1
the istana bridal :
mntap
2026-10-28 10:53:43
2
?????? :
x habis habis....
2026-10-28 13:27:17
0
elantra@ptk :
terbaik
2026-10-28 15:17:40
0
brightnathill :
#tangkappenderhaka
2026-10-28 13:15:15
1
sir Azlee :
terbaik...cleaning up ongoing
2026-10-28 13:18:15
2
Bahteraemas :
sangat keliru.. tuanku mukriz tidak ada hak pecat undang.. sedang tuanku mukriz dilantik undang yg 4..
2026-10-28 14:33:16
0
ongah nie hah :
buang undang..buang yamtuan..buat republik of nismilan..amik tony jadi presiden pertama
2026-10-28 13:59:39
0
Mim :
tangkap je udang2 kering tu..
2026-10-28 12:28:56
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm
homepage.