@cookedbyiman: Alhamdulillah, Masya-Allah. 🤍 10 Oktober 2026. Hari yang akan Umi kenang sepanjang hayat. Tak mudah nak gambarkan perasaan seorang ibu bila melihat anak yang selama ini dibesarkan dengan penuh kasih sayang, akhirnya melangkah ke alam perkahwinan. Ada rasa sebak, ada rasa bahagia, dan yang paling besar, rasa syukur kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk menyaksikan hari yang begitu bermakna ini. Buat Ulfa dan Firdaus, semoga Allah sentiasa memelihara kasih sayang kalian, menjadikan rumah tangga ini tempat paling tenang untuk kalian pulang, dan mengurniakan kebahagiaan serta keberkatan hingga ke Jannah. Ulfa, walaupun hari ini Umi dah berkongsi kasih Ulfa dengan seseorang yang bergelar suami, kasih Umi pada Ulfa takkan pernah berkurang sedikit pun. Alhamdulillah, untuk sebuah kenangan yang terlalu indah. 🤍 #cookedbyiman #Ulfadaus #AkadNikah #DoaSeorangIbu #WeddingMoments
Cooked By Iman
Region: MY
Wednesday 28 October 2026 10:16:55 GMT
Music
Download
Comments
asybal :
Alhamdulillah.. Semoga semua sentiasa dirahmati Allah
2026-10-30 02:27:00
1
loubna :
💗💗💗💗💗
2026-10-28 11:13:57
1
To see more videos from user @cookedbyiman, please go to the Tikwm
homepage.