@melakatv: BALAU PECAH TIGA REKOD, SASAR EMAS SUKAN PARA ASEAN 2027 28 Oktober - Kejayaan memenangi tiga pingat emas dengan memecahkan tiga rekod baharu Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 menjadi pembakar semangat buat atlet Melaka , Muhammad Hafiq Hizwan Norizan atau lebih dikenali sebagai Balau, untuk memburu pingat emas pada Sukan Para ASEAN 2027. Atlet berusia 24 tahun itu mencipta rekod baharu kejohanan dalam acara pecut 100 meter dan 200 meter lelaki T46, selain memecahkan rekod kebangsaan bagi acara 400 meter. Insentif RM15,000 daripada Kerajaan Negeri bukan sahaja menjadi pengiktirafan terhadap pencapaiannya, malah membantu persiapan Balau untuk menghadapi cabaran di pentas antarabangsa. 🎥 Alya Atiqah #sukma #pecahrekod #sukanparaasean #mhi #melakahariini #melakatv