@bernamatvofficial: Kementerian Luar Negeri menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Madrid sedang memantau rapat insiden perlanggaran membabitkan dua kereta api penumpang berkelajuan tinggi berhampiran Urda, Toledo, Sepanyol, pada 28 Oktober 2026, yang dilaporkan mengakibatkan kematian dan kecederaan. Setakat ini, kedutaan masih belum menerima pengesahan mengenai rakyat Malaysia yang terjejas dan sedang berhubung dengan pihak berkuasa Sepanyol bagi mengenal pasti kemungkinan rakyat Malaysia terlibat serta menyelaras bantuan konsular sekiranya diperlukan. Rakyat Malaysia yang mempunyai maklumat mengenai individu yang mungkin terlibat diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Madrid. Mereka yang berada di Sepanyol juga digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat perhubungan menerusi portal e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my. #digitalbernamatv #tren #nahas #sepanyol #rakyat #malaysia