@elynsuhaimi92: 🎂 28 Oktober — Hari Lahirku. 🤍 Bertambah lagi usia, semakin banyak yang aku belajar tentang kehidupan. Tentang kehilangan, kekecewaan, pengorbanan dan erti sebuah kekuatan. Tak semua yang aku lalui mampu aku ceritakan. Ada luka yang aku simpan sendiri, ada air mata yang aku sembunyikan, dan ada hari-hari yang memaksa aku untuk terus kuat walaupun hati sendiri sedang penat. Di usia ini, aku tak lagi meminta kehidupan yang sempurna. Cukuplah Allah berikan aku hati yang tenang, rezeki yang berkat, keluarga yang bahagia dan kekuatan untuk menghadapi apa sahaja yang mendatang. Ya Allah, untuk usia yang masih berbaki ini, jagalah hatiku, permudahkanlah urusanku, murahkanlah rezekiku dan gantikanlah setiap kesedihan dengan kebahagiaan yang indah. Untuk diriku sendiri, terima kasih kerana masih bertahan sehingga hari ini. Terima kasih kerana tidak menyerah walaupun ada waktunya terasa begitu berat. Semoga selepas ini, lebih banyak senyuman daripada air mata, lebih banyak ketenangan daripada keresahan, dan lebih banyak berita gembira daripada dugaan. Selamat hari lahir untuk diriku sendiri. 🤍 Semoga kali ini, hidup lebih memihak kepadaku. 🌹 #elynsuhaimi

ELYN SUHAIMI🦂
ELYN SUHAIMI🦂
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 28 October 2026 14:23:05 GMT
56
6
2
0

Music

Download

Comments

sariemiliaali
𝓢𝓪𝓻𝓲𝓔𝓶𝓲𝓵𝓲𝓪𝓐𝓵𝓲💐 :
selamat hari lahir sayangkuu ❤️❤️❤️
2026-10-28 14:52:01
1
To see more videos from user @elynsuhaimi92, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About