@qarisqadan:

Qarışqadan AL
Qarışqadan AL
Open In TikTok:
Region: AZ
Wednesday 28 October 2026 16:33:29 GMT
1270
23
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @qarisqadan, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

TEASER 18 Teha mula gelisah. Pukul 12:40, kesabarannya semakin menipis. Dia mencapai dulang kecil berisi air lalu melangkah ke bilik mesyuarat, menggunakan alasan untuk menghantar minuman dan mengingatkan Dato’ Damian tentang mesyuarat seterusnya. Selepas mengetuk pintu, dia menolaknya perlahan-lahan. Langkah Teha terhenti sebaik sahaja melihat Nadia berdiri terlalu rapat dengan Dato’ Damian. Wanita itu sedang menunjukkan sesuatu pada skrin tablet, sementara sebelah tangannya meny£ntuh bahu lelaki tersebut dengan begitu mesra. D•da Teha terasa panas. Mesyuarat apa sampai perlu berdiri begitu rapat? Berbincang tentang proposal atau sedang berdating? “Dato’, mesyuarat seterusnya pukul 2:00 petang,” tegur Teha. Nada suaranya sengaja dikuatkan sedikit, sementara pandangannya tertancap pada mereka berdua. Dato’ Damian segera menoleh. “Thanks, Teha. We’re done here.” Nadia berpaling lalu memandang Teha dari atas ke bawah sebelum mengukir senyuman nipis. “Oh, PA baru you ke, Dami?” tanyanya, seolah-olah baru menyedari kehadiran gadis itu. “Sweet. Nampak comel.” Teha mengecilkan mata. Dia langsung tidak menyukai nada suara wanita itu, apatah lagi cara Nadia memanggil Dato’ Damian dengan nama manja di hadapannya. Dato’ Damian baru hendak menjawab apabila Nadia kembali mengalihkan perhatian kepadanya. “Lunch with me, then? Sekejap aje. Dah lama sangat kita tak catch up, Dami.” D•rah Teha terasa menyirap. Tanpa sempat memikirkan kedudukannya sebagai pekerja, dia terus mencelah. “Maaf, Cik Nadia. Saya rasa saya perlu masuk campur sedikit. Saya dah ada janji temu dengan bakal suami saya untuk makan tengah hari. Waktu rehat dia milik saya hari ini. Lagipun, selepas ini Dato’ ada beberapa lagi mesyuarat dengan klien penting.” Suasana bilik mesyuarat serta-merta sunyi. Senyuman Nadia menghilang, digantikan dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan. Dato’ Damian pula terkaku selama beberapa saat, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarnya. Kemudian, lelaki itu bangun dari kerusinya sambil membetulkan kot. “Betul apa yang bakal isteri I cakap. I memang dah ada janji makan tengah hari dengan future wife I.” Dia berpaling kepada Nadia dengan senyuman profesional. “Okey, Nadia. Kalau ada apa-apa tambahan tentang proposal tu, you e-melkan saja pada I. Nanti kita susun pertemuan rasmi yang seterusnya.” Nadia merenung Dato’ Damian, jelas terkejut. “Are you serious, Dami? This is not a joke? She’s your future wife?” “Yes. She’s my future wife, and she’ll always have a special place in my heart.” Teha yang tadi bukan main berani bersuara kini kelu. Jantungnya berd£gup k£ncang mendengar pengakuan Dato’ Damian, lebih-lebih lagi apabila lelaki itu melafazkannya dengan begitu yakin di hadapan Nadia. Tadi, bukan main lagi dia mempertahankan tempatnya di sisi lelaki itu. Sekarang, hendak mengangkat muka pun dia malu. Wajahnya m£rah padam, sedangkan Dato’ Damian langsung tidak kelihatan terganggu. Malah, lelaki itu sempat menghadiahkannya senyuman nakal sebelum mencapai telefon bimbit dan fail di atas meja. #azurarahmat   #aruzpublication  #datodamiansuamipalingbahaya #ebookmelayu  #ebooktiktok

About