PUAN FARR | REZEKI BERTAMBAH :
Walaupun kadang dia buat aku terasa, sakit hati dengan sikap dia tapi dia the best abah untuk anak anak aku. Even gaduh pun, aku tak pernah lupa doa kan dia. Aku sayang tapi tu laa aku jenis isteri tak pandai nak cakap. Cuma aku dapat tunjuk dengan cara jala. Itu pun kalau dia dapat tangkap laa. Tahh laa, kadang jadi kawan, kadang jadi lawan. Hahahah. Aku ni tak sempurna tapi aku cuba laa sehabis baik untuk jadi yang baik buat dia. Selagi mana aku hidup, selagi tu laa aku akan ada dengan dia tak kira walau dalam apa keadaan sekalipun cuma aku sedih tiap kali, dia ada masalah, tak kisah laa bab duit ka apa ka, dia takmau cerita kat aku. Sumpah aku sedih bab ni. Terasa hati juga. Tapi aku diam. kadang ada time setan ganggu, aku akan terfikir mungkin ada orang lain kot yang lebih layak dan dia selesa bercerita. Apa pun aku sebagai isteri akan sentiasa doa kan yang baik. Mana aku mampu buat, aku buat sebab apa tau ?? sebab kita takkan pernah tahu sapa yang pergi dulu. Boleh jadi aku mati dulu, boleh jadi dia mati dulu. Aku takmau kalau dia pi dulu, aku akan seumur hidup serba salah sebab tak buat yang baik untuk dia. Aku ni isteri ganas sikit. Memang kata sweet sweet ni YA ALLAH payah betul nak keluar macam ada ketul emas 😂. Apa pun terima kasih Muhammad Izham dah jadi abah yang terbaik buat anak-anak. Maafkan kesilapan kami berempat sekiranya ada buatkan awak letih, rimas. Ingat tau! Awak abah the best buat anak-anak kita ❤️
2026-10-30 00:28:34