@team.aruz.publication2: Ini bukan bilik aku! Dia terus berpusing ke kiri dan kanan. Dinding kayu berkemasan walnut, lukisan minimalis, standing mirror sebesar pintu dan karpet tebal yang membuatkan kaki tenggelam separuh. Semua itu asing daripada hidupnya. Panik mula memanjat dada. Namun saat pandangannya jatuh pada tubuh sendiri, dunia Hana terasa seperti mahu terbalik. Air liur ditelan kasar hingga hampir tersedak. Dia memakai gaun malam satin hitam. Backless, belahan tinggi di paha dan rekaan pada bahagian dada yang membuatkan wajahnya terus berubah. "Ya Allah...." Hana terus memegang dadanya sendiri. "Apa benda ini?" Belum sempat dia bangun sepenuhnya, satu suara garau tiba-tiba menyapa dari arah balkoni bilik. "Hai, sayang." Hana terus kaku. Darahnya terasa membeku serta-merta. Itu suara yang dia kenal. Suara lelaki yang paling dia mahu jauhi tetapi dalam masa yang sama paling mengganggu hidupnya sejak kebelakangan ini. Perlahan-lahan, Mufid melangkah masuk dari pintu kaca balkoni. Langkahnya santai seolah-olah dia baru pulang berjoging. Kulitnya disapa cahaya pagi, rambutnya sedikit kusut dan senyuman itu.... Senyuman yang kalau boleh, Hana memang mahu hempuk dengan batu lesung! Mufid mengangkat sebelah kening sambil memandang isterinya yang sudah terbeliak besar seperti mahu tercabut biji mata. "Nak sarapan dulu atau nak mandi dulu, sayang?" soalnya lembut. Namun jelas ada sesuatu dalam renungan matanya. N4k4l dan sengaja mengusik. Hana terus melompat turun dari katil. "Mufid!" "Ya?" Mufid menjawab tenang sambil menyelitkan kedua-dua tangan ke dalam poket seluar tracksuit yang dipakainya. "Good morning, by the way." Ucapan itu terus menyentap fikiran Hana. Dia baru teringat kejadian di pejabat semalam. Lelaki itu datang, sempat menakluk bibirnya dan selepas itu pandangannya terus bertukar kabur sebelum segalanya menjadi gelap. "Kita dekat mana?" soal Hana pantas. "You bawa I pergi mana? Apa yang you dah buat dekat I?" Suara Hana melengking satu oktaf lebih tinggi daripada biasa. Mufid hanya mendekat sedikit dengan wajah yang masih tenang. "Kita dekat syurga dunia kita, sayang." Dia menjawab selamba sambil menuding ke arah tingkap besar yang menghadap pantai. "Cantik, kan?" Hana rasa jantungnya hampir meletup, bukan kerana pemandangan tetapi kerana marah yang semakin membuak. "Syurga dunia?" Dia ketawa sinis. "You dah gila ke? Lepas I dibawa macam tebusan, you berani pula panggil tempat ini syurga?" Mufid terus tersengih n4k4l dan itu membuatkan Hana semakin menyirap. Tanpa berfikir panjang, dia mencapai semua bantal di atas katil. Yang kecil, yang besar dan yang panjang. Semuanya dicampak bertubi-tubi ke arah lelaki itu. "Apa yang you dah buat dekat I?" jerit Hana sambil membaling bantal terakhir hingga bahunya turut terhayun sekali. Mufid sempat mengelak separuh, terkena separuh tetapi riak wajahnya tetap tenang. "Buat apa pula dekat Hana?" Dia mengangkat bahu kecil. "Kalau abang nak buat sesuatu, abang dah buat lama dah." #mrgroundedsuamitakdirancang #arfaardiya #arfaardiyaebook #aruzpublication #aruzpublicationebook
TEAM ARUZ PUBLICATION 2
Region: MY
Thursday 29 October 2026 04:43:23 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @team.aruz.publication2, please go to the Tikwm
homepage.