@liputan7official: Bakar Rumah Rohingya, Empat Lelaki Warga Tempatan Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun Jika Sabit Kesalahan Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Khamis atas pertuduhan melakukan khianat dengan api dengan membakar sebuah rumah yang diduduki warga Rohingya di Kulai, Johor, pada 13 Oktober lalu. Mereka ialah Yap Eze Hong, 31; Amirul Eizlan Musrinan, 28; Muhammad Khairul Abd Bahrin, 27; dan Chan Jie Mig, 28. Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Mahkamah membenarkan dua tertuduh diikat jamin RM8,000 setiap seorang, manakala dua lagi masing-masing RM10,000. Mereka turut diwajibkan melapor diri di balai polis sebulan sekali, menyerahkan pasport dan tidak mengganggu mangsa atau saksi. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 30 November ini. Menurut laporan, seramai 15 individu telah ditahan bagi membantu siasatan kes serangan menggunakan bom petrol di kawasan penempatan warga Rohingya berkenaan. Bagaimanapun, hanya empat individu didakwa setakat ini. oleh LIPUTAN7 29 Oktober 2026 🇲🇾 MALAYSIA #liputan7 #Malaysia #Johor #Kulai #mahkamah

LIPUTAN 7
LIPUTAN 7
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 29 October 2026 06:07:07 GMT
119353
5229
225
1342

Music

Download

Comments

To see more videos from user @liputan7official, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About