@mediaselangor: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyeru rakyat supaya tidak hanya bergantung kepada maklumat daripada video pendek di media sosial yang belum tentu sahih dan lengkap. Sebaliknya, Baginda bertitah masyarakat perlu merujuk sumber berautoriti dan mendapatkan bimbingan ilmuwan yang diiktiraf, selain memanfaatkan kemudahan digital untuk mendalami serta mengamalkan ilmu. “Kepada para ilmuwan sekalian, Beta menaruh harapan agar pertemuan ini dapat menghasilkan rumusan yang bernilai, serta diterjemahkan kepada tindakan yang berkesan kepada generasi muda. Manfaatkanlah kemudahan digital untuk mendalami ilmu dan mengamalkannya. “Janganlah sekadar bergantung kepada cebisan maklumat daripada video-video pendek yang belum tentu sahih dan lengkap, sebaliknya rujuklah kepada sumber yang berautoriti dan bergurulah dengan para ilmuwan yang diiktiraf,” titah Baginda. #MediaSelangor #SultanSelangor #TitahSultan #ilmuwan

Media Selangor
Media Selangor
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 29 October 2026 09:02:24 GMT
4033
49
0
2

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @mediaselangor, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About