@penangkini: Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow mengadakan lawatan ke Micron Memory Malaysia Sdn Bhd di Batu Kawan hari ini bagi melihat sendiri operasi syarikat serta keupayaan teknologi pembuatan semikonduktor canggih. Beliau disambut oleh Pengurus Negara Malaysia Micron, Amarjit Sandhu, Naib Presiden Micron Memory Malaysia Sdn Bhd, Ramu Iyer serta Ketua Pegawai Eksekutif InvestPenang, Datuk Seri Loo Lee Lian. Lawatan itu turut merangkumi tinjauan ke ruang pengeluaran bagi mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai proses pembuatan dan operasi syarikat berkenaan. Menurut Chow Kon Yeow, hubungan erat antara kerajaan negeri dan pemain industri penting dalam memperkukuh kedudukan Pulau Pinang sebagai hab semikonduktor global serta menyokong pertumbuhan sektor teknologi tinggi negeri itu.