@wansaifulwanjan: ๐๐ฎ๐ฅ๐ฎ ๐ ๐๐ฅ๐๐ซ ๐ฉ๐๐ง๐ ๐ค๐ก๐ข๐๐ง๐๐ญ, ๐ฌ๐๐ค๐๐ซ๐๐ง๐ ๐ญ๐๐ง๐๐๐ญ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฉ๐๐ซ๐ฃ๐๐ง๐ฃ๐ข๐๐ง. ๐๐๐ ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ฆ๐ฎ๐ซ๐๐ก๐ค๐๐ก ๐ก๐๐ซ๐ ๐ ๐ฉ๐๐ซ๐ฃ๐ฎ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฌ๐๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐ ๐ฉ๐ซ๐ข๐ง๐ฌ๐ข๐ฉ ๐๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐ข๐ฃ๐ฎ๐๐ฅ ๐๐๐ฅ๐ข ๐๐๐ฆ๐ข ๐ญ๐๐ฐ๐๐ซ๐๐ง ๐ฉ๐๐ซ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค๐๐ง? Dalam ucapan saya pada Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional (PN) bagi PRN Melaka malam tadi, saya menyentuh percanggahan pendirian politik yang wajar diberikan perhatian. Dahulu, enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dilabel sebagai pengkhianat sehingga digugurkan keahlian mereka. Namun, hari ini, mereka yang pernah melabel enam Ahli Parlimen itu sebagai pengkhianat kini duduk semeja menandatangani Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) dengan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan. Dulu gelar pengkhianat, sekarang tandatangan perjanjian. Begitu murahkah harga perjuangan sehingga prinsip boleh dijual beli demi tawaran peruntukan? Saya sendiri pernah berdepan tawaran dan tekanan, namun bagi saya, perjuangan bukan barang dagangan yang boleh ditukar ganti mengikut kepentingan semasa. Peruntukan untuk rakyat memang penting, tetapi prinsip dan pendirian tidak sepatutnya dikorbankan demi wang. Menjelang PRN Melaka, saya menyeru seluruh pimpinan dan jentera PN supaya mengetepikan perbezaan, memperkukuh perpaduan dan bergerak sebagai satu saf. Jangan gadaikan prinsip, jangan jual perjuangan dan utamakan amanah rakyat. #prnmelaka #fyp #beritaterkini
Wan Saiful Wan Jan
Region: MY
Thursday 29 October 2026 16:24:15 GMT
Music
Download
Comments
Razak :
Bersatu lahir dari pengkhianatan kpd umno.
2026-10-29 23:39:14
1
Knk 9020 :
muhidin..x bleh pakai
2026-10-30 02:05:16
2
ARK :
Pastikan Bersatu hilang deposit
2026-10-30 00:34:12
3
user71426375034633 :
peruntukan diberi untuk rakyat bukan untuk YB...YB YB dah dapat gaji ,alaun..
2026-10-29 17:04:21
6
M :
Masa covid. Kฤฑta Jaga kฤฑta. PN masa tu rompak duit Dan minyak masak. Rakyat tak lupa
2026-10-30 01:23:05
1
MPsenugheh76 :
dah tu nak berdiri je jadi patung tgk perangai PAS...
2026-10-29 23:03:54
2
Amir Ibrahim :
sy pon pening tuan๐๐๐๐
2026-10-30 01:06:47
1
Nor Ahmad :
sudah lah wan Jan...
2026-10-30 00:19:01
1
outlawstreet17 :
laaaaa....๐คฃ๐คฃ๐คฃ. Hahahahahaha...parti sendiri yg langgar perjanjian. pening la parti bulan penuh nie.
2026-10-29 19:15:48
1
Juma'ah Ibrahim :
pas dah awal2 nk buang bersatu terimalah akibatnya
2026-10-30 02:44:35
0
lalala :
syukur Alhamdulillah PMx menerajui kepimpinan negara
2026-10-29 21:51:53
0
Moga14314 :
pn sendiri pun berkersama dgn kerajaan la....bn pembangksng ke
2026-10-29 22:57:12
0
L@n 3333 :
jelas....dah pas tolak depa
2026-10-30 01:30:16
0
abe sen :
tak ada stand ni...
maluuuuuu saya!
2026-10-30 01:39:55
0
yuyuyuyuyu :
alalala....sian dia ni
2026-10-30 00:03:40
0
alexanderdunia5658 :
Semua sama... Aja
2026-10-29 18:53:15
0
hsnhshffie :
Nak melepaskan diri dan anak2
2026-10-29 22:46:21
0
Dun@๐๐ :
Betul
2026-10-29 23:12:40
0
Dr. Richard Ng :
๐๐๐
2026-10-29 22:14:14
0
Walaun tegar :
demi rakyat Dan negara
2026-10-29 20:34:12
0
Dr. Richard Ng :
2026-10-29 22:17:03
0
MERMAN :
2026-10-29 22:58:10
0
yusupmanggu :
Terbaik muhidin๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ
2026-10-30 02:35:11
0
marcopolo :
ko x pening plk..pas gabung n umno
2026-10-29 22:23:40
0
LAGEND RAILWAY PJ 87 :
TERBAIK PMX
2026-10-29 18:54:51
0
To see more videos from user @wansaifulwanjan, please go to the Tikwm
homepage.