@midibola: Dua gol dibatalkan pun masih boleh HAT-TRIK, Pengadil cuba 'SABOTAJ' Ronaldo, tapi gagal? ___ Satu perlawanan yang amat mendebarkan telah menyaksikan Al-Nassr berjaya menewaskan Al-Kholood dengan keputusan sengit 5-3 dalam aksi saingan Liga Pro Saudi. Cristiano Ronaldo meledak hat-trik pada separuh masa kedua (minit ke-66, ke-72, ke-81) selepas dua golnya dibatalkan akibat ofsaid pada babak pertama. Ronaldo kini telah mencecah 985 gol untuk kelab dan negara. Beliau hanya memerlukan 15 gol sahaja lagi untuk mencapai mercu tanda bersejarah 1,000 gol dalam perlawanan rasmi. Joao Felix mempamerkan aksi luar biasa dengan menyumbang 4 assists, sekali gus menyamai rekod assists terbanyak dalam satu perlawanan di Liga Pro Saudi. Dua lagi gol Al-Nassr dijaringkan oleh Angelo Gabriel dan Sadio Mane, manakala gol Al-Kholood disumbangkan oleh Julien Domingues (2 gol) dan Antoin Essomba.