@azizanosman_official: Ada masa dalam hidup, kita rasa Allah SWT sedang menutup satu jalan. Rupanya Dia sedang tunjukkan jalan lain. Selepas melalui pengalaman yang hampir meragut nyawa, Dr. Samhan melihat peluang untuk belajar dan mencari mentor dengan perspektif yang berbeza. Dia panggil itu second chance. Kadang-kadang bila hidup beri kita peluang kedua, soalan bukan lagi “kenapa perkara ini berlaku kepada aku?” Tetapi, apa yang aku nak buat dengan peluang yang masih Allah beri? #DatukWira #DrSamhan