@syazanutritionist: Yang ada PCOS/PMOS, especially yang selalu anxiety, mood swing, cepat stress atau susah tidur, please read this🥹 Ramai ingat semua ni disebabkan hormon reproduktif yang tak stabil je. Tapi korang pernah dengar tak pasal gut-brain axis? Kajian menunjukkan lebih 90% serotonin dalam badan kita sebenarnya dihasilkan dalam USUS! Serotonin ni bahan penghantar mesej antara sel saraf yang terlibat dalam pengawalan mood, tidur dan selera makan. Tapi ada satu benda penting yang korang kena faham. Serotonin dalam usus TAK BOLEH terus masuk ke otak. Sebab ada penghalang yang dipanggil blood-brain barrier. Jadi macam mana otak hasilkan serotonin sendiri? Jawapannya, melalui sejenis asid amino bernama TRYPTOPHAN. Tryptophan ni badan kita tak boleh hasilkan sendiri. Kita kena dapatkan melalui makanan sumber protein. Contohnya: ✅ Telur ✅ Ikan kembung dan sardin ✅ Ayam ✅ Yogurt ✅ Tempe dan tauhu ✅ Oat Tapi kenapa ada orang dah makan semua ni, mood masih tak okay? Sebab proses ni bukan semudah makan protein terus serotonin meningkat. Tryptophan ni perlu bersaing dengan asid amino lain untuk masuk ke otak. Dan..keradangan dan stres pun boleh mempengaruhi bagaimana badan menggunakan tryptophan. Dalam PCOS, perubahan metabolisme tryptophan dan serotonin sedang dikaji kerana kemungkinan kaitannya dengan keradangan, hormon dan kesihatan mental. Habis tu, apa kaitan FIBRE? Bakteria baik dalam usus kita perlukan fibre sebagai sumber makanan. Bila kita makan fibre daripada sayur, buah, kekacang dan whole grains, bakteria usus boleh menghasilkan bahan seperti short-chain fatty acids (SCFA). SCFA ni lah yang boleh mempengaruhi fungsi usus, keradangan dan komunikasi antara usus dengan otak. Tapi bukan bermaksud makan fibre terus boleh naikkan serotonin otak atau merawat anxiety tau. Sebab tu untuk wanita PCOS/PMOS, pemakanan bukan sekadar nak turunkan berat badan atau regulate period. Kita juga nak jaga kesihatan metabolik, usus dan kesejahteraan keseluruhan. Dan setiap individu ada simptom, keperluan dan cabaran yang berbeza. Siapa dekat sini ada masalah mcm ni? Cuba komen kat bawah👇🏻 #PCOS #PMOS #FertilityNutrition
syazanutritionist
Region: MY
Friday 30 October 2026 11:23:07 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @syazanutritionist, please go to the Tikwm
homepage.