@seen_real: PERINGATAN KEPADA PENJUAL MAKANAN – KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN MAKANAN Baru-baru ini saya membeli puding Oreo dari Cube Sengkurong (Pondok Warisan). Anak saya sedang makan puding tersebut sebelum menyedari terdapat mould/kulat pada bahagian bawah puding. Perkara ini amat membimbangkan kerana makanan tersebut sudah dibeli dan dimakan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kanak-kanak. Saya juga telah cuba menghubungi pihak Cube melalui inbox untuk memaklumkan perkara ini, tetapi sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas. Persoalannya, bagaimana jika makanan yang tercemar ini dimakan oleh kanak-kanak atau individu yang lebih berisiko? Keracunan makanan dan masalah kesihatan boleh berlaku. Saya berharap pihak penjual mengambil serius perkara ini dan memastikan: Kebersihan serta keselamatan makanan sentiasa dijaga. Tarikh luput dan keadaan produk diperiksa sebelum dijual. Produk yang diragui kualitinya tidak dipamerkan atau dijual kepada pelanggan.

Seen & Real
Seen & Real
Open In TikTok:
Region: BN
Friday 30 October 2026 13:23:29 GMT
9266
49
1
26

Music

Download

Comments

crunch.bn
Hi Crunch :
Do place an order from us😁😁😁
2026-10-30 14:03:32
2
To see more videos from user @seen_real, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About