@ahmad1909: Resepi Asam Pedas Ayam Jangan lupa save. Bahan-bahan * 7–8 ketul ayam * 2 batang serai (diketuk) * Daun kesum secukupnya * 1 kuntum bunga kantan (dibelah dua) * Air asam jawa secukupnya * Air secukupnya * Garam secukup rasa * Serbuk perasa secukupnya * Bendi (jika suka) * Tomato (jika suka) Bahan Kisar * Segenggam cili kering (dicuci dan direbus hingga lembut) * 2 biji bawang besar * 2 inci halia * 2 inci kunyit hidup * 5 ulas bawang putih * 1 inci belacan Cara-cara 1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai yang telah diketuk. 2. Tumis sehingga pecah minyak dan naik bau. 3. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati. Biarkan sehingga ayam mengeluarkan air dan kuah kembali pecah minyak. 4. Masukkan daun kesum, bunga kantan, air asam jawa dan air secukupnya. 5. Biarkan mendidih dan masak sehingga ayam empuk dan masak sepenuhnya. 6. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Gaul hingga sebati. 7. Masukkan bendi dan tomato jika suka. Masak seketika sahaja. 8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Tip: Jika suka kuah yang lebih pekat dan kaw, biarkan kuah mereneh lebih lama supaya rasa rempah lebih sebati dan meresap. Selamat Mencuba 😋 #resepi #laukkampung #asampedas