@nadi.rakyat.official: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bukan sekadar medan perebutan kerusi, sebaliknya menjadi ujian besar terhadap prinsip, integriti dan hala tuju politik negara. Dalam ucapannya, Rafizi Ramli merakamkan penghargaan kepada jentera serta sukarelawan BERSAMA yang bertungkus-lumus membantu kempen, termasuk memasang bendera, mendirikan khemah dan melakukan pelbagai kerja di lapangan tanpa mengharapkan ganjaran. Beliau turut menyentuh kekuatan kempen digital BERSAMA yang menurutnya berjaya menarik puluhan ribu penonton mengikuti ceramah parti menerusi YouTube setiap malam. Rafizi menegaskan PRN Melaka akan menguji sejauh mana rakyat sanggup menilai parti berdasarkan prinsip dan mutu kepimpinan, bukannya terpengaruh dengan pemberian wang, barangan atau pelbagai bentuk habuan ketika pilihan raya. Beliau turut mempersoalkan budaya parti-parti politik yang sanggup bergabung dan bertukar rakan kerjasama demi mendapatkan kuasa, walaupun sebelum ini saling mengkritik antara satu sama lain. Menurutnya, keputusan PRN Melaka juga akan menjadi ukuran kepada konsistensi BERSAMA, sama ada parti itu terus bergerak dengan pendekatan yang sama tanpa mengira keputusan pilihan raya. “Kalau ahli politik rasa dia cerdik, sebenarnya orang biasa yang mengundi itu jauh lagi cerdik daripada orang-orang politik.” Rafizi turut mengingatkan bahawa kuasa terbesar berada di tangan rakyat. Persoalannya, adakah pengundi akan membuat keputusan berdasarkan prinsip yang mereka pegang, atau terus membiarkan dominasi parti-parti besar menentukan pilihan mereka? @Rafizi #PrnMelaka #BERSAMA #NadiRakyat #fypage #fyppp
NADI RAKYAT
Region: MY
Friday 30 October 2026 22:20:09 GMT
Music
Download
Comments
arbanmat :
Mamat ni cakap aku percayalh, sbb track record bagus,
2026-10-31 13:30:25
7
Zainaiii :
Kali ini akn undi BERSAMA🥰
2026-10-31 14:54:21
6
Jason Lee :
sebab itu, ahli-ahli politik yang melebihi umur 60 harus dipersarakan.
2026-11-02 06:04:46
0
Abu Hasan :
Salam u rafizi..umno kuat melayu kuat umno pati melayu u orang melayu masuk umno lah..
umno semangat 1957.
bersih cekap Dan amanah..jaga agama bangsa raja and negara..
umno orang melayu cerdik.
.1957...
2026-10-31 06:42:12
2
shukreekree :
rakyat yg bersama BERSAMA adalah mereka yg mahukan perubahan mereka yg bijak berani demi negara dan masa depan anak cucu
2026-10-31 12:00:06
4
jamaludinamat6 :
Sokong BERSAMA
ikhlas jujur dn amanah
slmt kn Melaka
syg M'sia ❤️
2026-11-01 19:18:53
0
Handy Man :
mereka begabung bukan penyatuan tetapi pentingkn tembolok kekal memerintah, strategi apa lagi nak di sakau di masa akan datang😅🤣🤣
2026-10-31 02:30:46
1
hassan din :
Semua kerusi yg Sang Kancil bertanding akan menang
2026-10-31 13:50:16
1
tiktok.com/@senayaukeling :
parti ceramah saja,
2026-11-01 09:29:40
0
Uncle Ben :
Minta rakyat Melaka bagi peluang kpd Parti Bersama yg berjuang dgn jujur mudah mudahan negeri maju.
2026-11-01 10:54:04
0
Azizan Ahmad :
Maju bersama
2026-11-02 01:06:36
0
Black flag :
teruskan berjuang,,jgn pandang blakang..jgn gadaikan prinsip..
2026-10-31 17:15:29
0
hisham udin :
2026-10-31 09:03:08
1
Eady Fazli :
BERSAMA
2026-10-31 13:35:06
1
Handy Man :
kami BERSAMA mu
go..go...go...
2026-10-31 02:28:44
3
zakaria70 :
👍
2026-11-01 13:14:30
0
Handy Man :
BERSAMA💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪
2026-10-31 02:25:43
2
YAM. :
Bila cakap je membohong🤣
2026-10-31 03:37:52
0
azmi :
mcm pmx
2026-10-30 23:04:04
0
yusriseman :
Haha
2026-10-30 23:18:56
0
Dennis Chagom :
bungkus lah
2026-10-30 23:39:51
1
En Mil 519 :
Sembanggggg
2026-10-30 23:25:38
0
Paul :
vote bersama
2026-10-31 04:16:30
3
Ramitin_+€ :
Cara Dato Suhaily dibuang memang merisaukan..apa hala tujuan negara ini?
2026-10-31 11:05:43
2
Abd.Razaq :
2026-10-31 11:48:10
1
To see more videos from user @nadi.rakyat.official, please go to the Tikwm
homepage.