@beritaalhijrah114: Dewan Undangan Negeri (DUN) N02 Tanjung Bidara dijangka menyaksikan pertembungan dua penjuru antara penyandangnya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh daripada Barisan Nasional (BN) dan Mohd Yunazri Mustamiri yang mewakili Pakatan Harapan (PH). Bagaimanapun, jumlah calon yang bertanding hanya dapat dipastikan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan senarai calon yang layak sebaik proses penamaan calon selesai hari ini, 31 Oktober.